1 Samuel 10:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)1 Kemudian Samuel mengambil sebuah botol berisi minyak zaitun, lalu menuang minyak itu ke atas kepala Saul. Dia mencium Saul dan berkata, “TUHAN melantik kamu menjadi raja Israel, umat-Nya. Kamu akan memerintah umat-Nya dan melindungi mereka daripada semua musuh. Inilah buktinya bahawa TUHAN sudah melantik kamu sebagai raja umat-Nya: Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo1 Lalu Samuel mengambil kendi berisi minyak zaitun lantas menuangnya ke atas kepala Saul lalu menciumnya sambil berkata, “Bukankah TUHAN telah melantik engkau untuk menjadi raja atas umat-Nya Israel? Engkau akan memegang tampuk pemerintahan atas umat TUHAN, dan engkau akan menyelamatkan mereka daripada tangan para musuh yang ada di sekitar. Inilah tanda bagimu, bahawa TUHAN telah menobatkan engkau untuk menjadi raja atas pusaka milik-Nya sendiri. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik1 Kemudian Samuel mengambil sebuah botol berisi minyak zaitun, lalu menuang minyak itu ke atas kepala Saul. Dia mencium Saul dan berkata, “TUHAN melantik kamu menjadi raja Israel, umat-Nya. Kamu akan memerintah umat-Nya dan melindungi mereka daripada semua musuh. Inilah buktinya bahawa TUHAN sudah melantik kamu sebagai raja umat-Nya: Faic an caibideil |
Sekarang ini, aku berdiri di hadapan kamu. Jika aku sudah melakukan kesalahan, tuduhlah aku di hadapan TUHAN dan raja yang dipilih-Nya. Pernahkah aku merampas lembu atau keldai orang lain? Pernahkah aku menipu atau menindas orang lain? Pernahkah aku menerima rasuah daripada orang? Katakanlah, supaya apa saja yang sudah aku ambil dapat kukembalikan.”
“Esok pagi kira-kira waktu begini, Aku akan mengutus seorang lelaki daripada suku Benyamin berjumpa dengan engkau. Lumurilah kepalanya dengan minyak sebagai tanda untuk melantiknya menjadi raja umat-Ku Israel. Dia akan membebaskan umat-Ku daripada orang Filistin. Aku sudah melihat penderitaan umat-Ku, dan Aku sudah mendengar tangisan mereka minta tolong.”