Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




ZAKHARIA 12:5 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

5 Barulah puak-puak suku Yehuda berkata dalam hati, ‘TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa telah menguatkan umat-Nya yang tinggal di Yerusalem.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

5 Barulah puak-puak suku Yehuda berkata dalam hati, ‘TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa telah menguatkan umat-Nya yang tinggal di Yerusalem.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




ZAKHARIA 12:5
28 Iomraidhean Croise  

Aku akan menguatkan umat-Ku; mereka akan beribadat dan taat kepada-Ku.” TUHAN telah berfirman.


Suara TUHAN bergemuruh dari Bukit Sion; Dia mengguntur dari Yerusalem; langit dan bumi bergoncang, tetapi Dia akan melindungi umat-Nya.


TUHAN satu-satunya Allah; hanya Allah pembela kita.


Mazmur Daud. Pujilah TUHAN, pelindungku! Dia melatih aku untuk bertempur, dan mempersiapkan aku untuk berperang.


Aku memukul mereka sehingga mereka tidak dapat bangun; mereka rebah kerana kalah di hadapanku.


Dia akan memberikan sikap adil kepada para hakim, dan keberanian kepada orang yang mempertahankan pintu gerbang kota daripada serangan.


Pada masa itu Aku akan menjadikan puak-puak Yehuda seperti api di tengah-tengah hutan atau di tengah-tengah ladang gandum yang telah masak; mereka akan membinasakan semua bangsa di sekitar mereka. Penduduk Yerusalem akan selamat di dalam kota.


Aku akan menguatkan penduduk Yehuda; Aku akan menyelamatkan penduduk Israel. Aku akan mengasihani mereka dan membawa mereka semua pulang. Aku akan memperlakukan mereka seolah-olah mereka tidak pernah Aku tolak. Akulah TUHAN, Allah mereka; Aku akan mengabulkan doa mereka.


Sebagaimana hal itu tidak dapat dibatalkan, demikian juga perjanjian-Ku dengan keturunan Yakub dan dengan hamba-Ku Daud, tidak dapat dibatalkan. Aku akan memilih seorang daripada keturunan Daud untuk memerintah keturunan Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku akan mengasihani umat-Ku dan menjadikan mereka makmur semula.”


Penguasa mereka akan datang daripada bangsa mereka, raja mereka berasal daripada kaum mereka. Dia akan menghadap Aku apabila Aku menjemput dia, kerana siapakah yang berani menghadap tanpa dijemput? Mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku menjadi Allah mereka. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Aku akan membawakan engkau emas sebagai ganti gangsa, perak sebagai ganti besi, gangsa sebagai ganti kayu, dan besi sebagai ganti batu. Penguasa-penguasamu tidak akan menindas engkau lagi; Aku akan menyebabkan mereka memerintah dengan adil dan aman.


Pada suatu hari kelak seorang raja akan memerintah dengan adil, dan pemimpin-pemimpin bangsa akan menjalankan keadilan.


TUHAN telah membuat kamu mengantuk supaya kamu tidur nyenyak. Para nabi sepatutnya menjadi mata rakyat tetapi Allah telah menutup mata para nabi.


Aku akan memberi kamu pemimpin dan penasihat seperti dahulu kala. Barulah Yerusalem akan disebut kota yang adil dan setia.”


Pemimpinmu pemberontak dan sahabat pencuri. Mereka sentiasa menerima hadiah dan rasuah. Mereka tidak membela anak yatim piatu ataupun mendengar aduan para balu.


Hai Yerusalem, pemimpin dan rakyat kamu sama seperti orang Sodom dan Gomora. Dengarlah firman TUHAN kepada kamu. Perhatikanlah ajaran Allah kita.


Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Dengan lagu Alamot.


Aku bangga dengan para panglima Israel dan dengan rakyat yang rela berjuang. Pujilah TUHAN!


Pada masa itu Aku akan menakutkan semua kuda, dan para penunggang kuda akan menjadi gila. Aku akan menjaga penduduk Yehuda, tetapi Aku akan membutakan mata kuda musuh mereka.


Penduduk Yehuda akan berjuang untuk membela Yerusalem. Mereka akan menjarah harta semua bangsa - emas, perak, dan pakaian yang banyak sekali.


Masanya akan tiba apabila TUHAN Yang Maha Kuasa menjadi seperti karangan bunga yang indah bagi umat-Nya yang terselamat.


Mereka akan berkata bahawa kemenangan dan keadilan hanya daripada Aku; tetapi semua orang yang membenci Aku akan dipermalukan di hadapan-Ku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan