Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




ZAKHARIA 12:4 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

4 Pada masa itu Aku akan menakutkan semua kuda, dan para penunggang kuda akan menjadi gila. Aku akan menjaga penduduk Yehuda, tetapi Aku akan membutakan mata kuda musuh mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

4 Pada masa itu Aku akan menakutkan semua kuda, dan para penunggang kuda akan menjadi gila. Aku akan menjaga penduduk Yehuda, tetapi Aku akan membutakan mata kuda musuh mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




ZAKHARIA 12:4
24 Iomraidhean Croise  

Pada masa itu kelak, Aku akan menjadikan Yerusalem seperti batu yang berat. Mana-mana bangsa yang cuba mengangkatnya akan cedera. Semua bangsa di bumi ini akan bersekutu untuk menyerang Yerusalem.


TUHAN akan menyebabkan kamu hilang akal, dan menjadikan kamu buta, serta bingung.


Pada masa itu Aku akan menjadikan puak-puak Yehuda seperti api di tengah-tengah hutan atau di tengah-tengah ladang gandum yang telah masak; mereka akan membinasakan semua bangsa di sekitar mereka. Penduduk Yerusalem akan selamat di dalam kota.


Allah tidak mahu mengingat masa kita tidak mengenal Dia dahulu, tetapi sekarang Dia menyuruh semua orang di seluruh dunia bertaubat daripada cara hidup yang jahat.


Suatu penyakit yang dahsyat juga akan menimpa kuda, baghal, unta, dan keldai, serta semua binatang di perkhemahan musuh.


Pada masa itu akan ada ratapan di Yerusalem seperti ratapan bagi Hadad-Rimon di Lembah Megido.


Penduduk Yehuda akan menang seperti askar yang memijak-mijak musuh di dalam lumpur di jalan. Mereka akan berperang kerana TUHAN menyertai mereka. Mereka akan mengalahkan musuh yang menunggang kuda.


Aku akan mengawal tanah-Ku dan tidak membenarkan musuh melaluinya. Aku tidak akan membiarkan orang zalim menindas umat-Ku lagi. Aku telah melihat penderitaan umat-Ku.”


Dengarkanlah kami, ya Allah; pandanglah kami, dan lihatlah kesusahan kami. Lihatlah penderitaan kota yang disebut dengan nama-Mu. Kami berdoa kepada-Mu kerana Engkau penuh belas kasihan dan bukan kerana jasa kami.


Pada meja-Ku burung dan binatang itu akan mengenyangkan perut dengan memakan kuda serta penunggang kuda, askar dan pejuang. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.”


Aku akan menjadikan dia tidak berdaya, memasang kait pada rahangnya, dan menyeretnya bersama-sama semua pasukannya. Pasukan berkudanya yang berpakaian seragam itu sangat banyak bilangannya. Tiap-tiap askar mempunyai perisai dan pedang.


Aku akan menjaga mereka dan membawa mereka kembali ke negeri ini. Aku akan membina mereka, dan tidak meruntuhkan mereka; Aku akan menegakkan mereka, dan tidak mencabut mereka.


Sekarang lihatlah hal yang berlaku kepada kami. Dengarlah segala hinaan yang diucapkan oleh Raja Sanherib terhadap-Mu, ya Allah yang hidup.


Masanya akan tiba apabila TUHAN menghukum para penguasa di angkasa dan raja-raja di bumi.


Pandanglah aku, ya TUHAN, dan dengarlah doaku, sedang aku berdoa siang dan malam untuk hamba-hamba-Mu, umat Israel. Aku mengaku bahawa kami, umat Israel, sudah berdosa. Nenek moyangku dan aku sudah berdosa.


Aku akan menjaga Rumah-Ku ini dan bersedia mendengarkan semua doa yang diucapkan di sini,


Sekarang, ya Allahku, pandanglah kami dan dengarkanlah doa yang disampaikan kepada-Mu di tempat ini.


Lindungilah Rumah ini siang dan malam. Engkau telah berjanji bahawa inilah tempat orang beribadat kepada-Mu. Dengarkanlah aku apabila aku menghadap Rumah ini dan berdoa kepada-Mu.


Apabila tentera Siria menyerang mereka, Elisa berdoa, “Ya TUHAN, butakanlah mata semua orang ini!” TUHAN mengabulkan doanya dan membutakan mata mereka.


baginda mengirim satu pasukan besar ke sana dengan kuda dan kereta kuda. Pasukan tentera itu tiba di kota itu pada malam hari, lalu mereka mengepung kota itu.


Lindungilah Rumah ini siang dan malam, tempat yang telah Engkau pilih sebagai tempat beribadat kepada-Mu. Dengarkanlah aku apabila aku menghadap tempat ini dan berdoa kepada-Mu.


Barulah puak-puak suku Yehuda berkata dalam hati, ‘TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa telah menguatkan umat-Nya yang tinggal di Yerusalem.’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan