Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




ZAKHARIA 12:3 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

3 Pada masa itu kelak, Aku akan menjadikan Yerusalem seperti batu yang berat. Mana-mana bangsa yang cuba mengangkatnya akan cedera. Semua bangsa di bumi ini akan bersekutu untuk menyerang Yerusalem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

3 Pada masa itu kelak, Aku akan menjadikan Yerusalem seperti batu yang berat. Mana-mana bangsa yang cuba mengangkatnya akan cedera. Semua bangsa di bumi ini akan bersekutu untuk menyerang Yerusalem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




ZAKHARIA 12:3
31 Iomraidhean Croise  

Tetapi bangsa-bangsa yang tidak mengabdi kepadamu akan dimusnahkan sama sekali.


Keturunan Yakub dan Yusuf bagai api, mereka akan memusnahkan keturunan Esau seperti api menghanguskan jerami. Tiada seorang pun daripada keturunan Esau akan terselamat. Aku, TUHAN telah berfirman.


Israel akan mengalahkan musuhnya dan membinasakan mereka semua.


Kamu menebang pokok-pokok di hutan Lebanon, tetapi sekarang kamu sendiri akan ditebang. Kamu membunuh binatang di situ, tetapi sekarang binatang akan menakutkan kamu. Semuanya ini berlaku kerana pembunuhan dan keganasan yang telah kamu lakukan terhadap penduduk dunia serta kota-kota di dunia.


Masanya akan tiba; Aku akan menghukum penindas kamu. Aku menyelamatkan orang tempang, dan membawa pulang orang yang dibuang. Aku akan menyebabkan orang menghormati mereka, sehingga di seluruh dunia, mereka tidak lagi dihina.


menjatuhkan kerajaan, dan menghancurkan kuasa mereka. Aku akan menunggangbalikkan kereta-kereta kuda dengan pengemudinya; semua kuda akan mati dan penunggang-penunggangnya akan saling membunuh.


Pada masa itu akan ada ratapan di Yerusalem seperti ratapan bagi Hadad-Rimon di Lembah Megido.


Pada masa itu Aku akan menakutkan semua kuda, dan para penunggang kuda akan menjadi gila. Aku akan menjaga penduduk Yehuda, tetapi Aku akan membutakan mata kuda musuh mereka.


Pada masa itu Aku akan menjadikan puak-puak Yehuda seperti api di tengah-tengah hutan atau di tengah-tengah ladang gandum yang telah masak; mereka akan membinasakan semua bangsa di sekitar mereka. Penduduk Yerusalem akan selamat di dalam kota.


TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Pada masa itu kelak, sebuah mata air akan memancar untuk menyucikan keturunan Daud dan penduduk Yerusalem daripada dosa dan penyembahan berhala yang dilakukan mereka.


Pada masa itu TUHAN akan membuat mereka sedemikian bingung dan takut sehingga setiap orang akan menyerang dan menangkap orang di sebelahnya.


Pada masa itu, tiada lagi musim sejuk dan tiada embun yang membeku,


Sesiapa yang jatuh pada batu itu akan hancur; dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan tergilas menjadi debu.]


Semua orang yang jatuh pada batu itu akan hancur; dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan tergilas menjadi debu.”


Roh-roh itu roh jahat yang melakukan mukjizat-mukjizat. Ketiga-tiga roh itu pergi kepada semua raja di seluruh dunia, dan mengumpulkan mereka untuk berperang pada hari Allah Yang Maha Kuasa menjatuhkan hukuman.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan