Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




ZAKHARIA 12:2 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

2 “Aku akan menjadikan Yerusalem seperti secawan wain. Bangsa-bangsa di sekitar akan meminumnya lalu terhuyung-hayang seperti orang mabuk. Apabila mereka mengalahkan Yerusalem, kota-kota di seluruh Yehuda pun akan dikalahkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

2 “Aku akan menjadikan Yerusalem seperti secawan wain. Bangsa-bangsa di sekitar akan meminumnya lalu terhuyung-hayang seperti orang mabuk. Apabila mereka mengalahkan Yerusalem, kota-kota di seluruh Yehuda pun akan dikalahkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




ZAKHARIA 12:2
15 Iomraidhean Croise  

Penduduk Yehuda akan berjuang untuk membela Yerusalem. Mereka akan menjarah harta semua bangsa - emas, perak, dan pakaian yang banyak sekali.


Allah sendirilah yang menjadi hakim, ada yang dihukum dan ada yang dibebaskan.


Bangunlah, hai Yerusalem! Bangunlah dan bangkitlah! Kamu telah mengalami hukuman TUHAN, hukuman yang dijatuhkan kepadamu kerana kemurkaan-Nya, sudah kamu jalani sampai selesai.


Perlakukanlah Babel sebagaimana Babel telah memperlakukan kamu; balaslah Babel dua kali ganda bagi semua perbuatannya. Isilah cawannya dengan minuman yang dua kali lebih keras daripada minuman yang disediakannya untuk kamu.


Kota besar itu terbelah menjadi tiga bahagian, dan kota-kota semua negeri di bumi juga musnah. Allah tidak lupa akan Babel yang besar itu. Dia memaksa Babel minum dari mangkuk-Nya yang berisi wain kemurkaan Allah yang menyala-nyala.


akan minum wain yang melambangkan kemurkaan Allah. Wain yang pekat itu dituang ke dalam cawan kemurkaan-Nya! Semua orang itu akan diseksa di dalam api dan belerang di hadapan malaikat-malaikat suci dan Anak Domba.


Sekarang tibalah giliran kamu untuk dipermalukan dan bukan untuk dihormati. Kehormatan kamu akan berubah menjadi kehinaan. TUHAN akan memaksa kamu minum dari cawan yang berisi hukuman; kamu akan meminumnya dan terhuyung-hayang.


Aku akan menyebabkan penguasa-penguasanya mabuk - orangnya yang bijaksana, para pemimpinnya, dan askar-askarnya. Mereka akan tertidur dan tidak bangun-bangun lagi. Aku, Raja telah berfirman; Akulah TUHAN Yang Maha Kuasa.


Dahulu Babilonia seperti cawan emas dalam tangan-Ku, dan menyebabkan semua bangsa di bumi mabuk. Bangsa-bangsa minum wain dari cawan itu sehingga mereka menjadi gila.


Orang yang tidak patut dihukum pun kena hukuman. Adakah kamu menyangka bahawa kamu terlepas daripada hukuman? Kamu pasti dihukum!


Oleh itu aku mengambil cawan itu dari tangan TUHAN, lalu pergi kepada semua bangsa; TUHAN telah mengutus aku kepada mereka. Kemudian aku memberi mereka minum dari cawan itu.


TUHAN, Allah Israel berfirman kepadaku, “Inilah cawan wain yang telah diisi dengan kemurkaan-Ku. Bawalah cawan ini kepada semua bangsa, dan suruhlah mereka minum dari cawan ini. Aku mengutus engkau kepada mereka.


Umat Allah berkata, “Mengapa kita tidak berbuat apa-apa? Marilah kita lari ke kota-kota berkubu; biarlah kita mati di sana. TUHAN, Allah kita telah mengambil keputusan untuk membiarkan kita binasa. Dia telah memberi kita racun untuk diminum kerana kita berdosa terhadap-Nya.


TUHAN akan mengumpulkan semua bangsa untuk memerangi Yerusalem. Kota itu akan direbut, rumah-rumahnya dijarah, dan kaum wanitanya dirogol. Separuh penduduknya akan dibuang negeri, tetapi yang selebihnya tidak akan dipindahkan dari kota itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan