Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




ZAKHARIA 11:3 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

3 Penguasa-penguasa meratap, kerana kemuliaan mereka sudah lenyap. Dengarlah auman singa; kerana kediaman singa di hutan di sepanjang Sungai Yordan sudah musnah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

3 Penguasa-penguasa meratap, kerana kemuliaan mereka sudah lenyap. Dengarlah auman singa; kerana kediaman singa di hutan di sepanjang Sungai Yordan sudah musnah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




ZAKHARIA 11:3
34 Iomraidhean Croise  

Selamatkanlah aku daripada pedang; selamatkanlah aku daripada cengkaman anjing.


Askar-askar mereka mengaum seperti singa yang menerkam dan melarikan mangsanya supaya tiada sesiapa dapat melepaskan mangsa itu.


Umat pilihan-Ku akan menggunakan nama kamu sebagai kutukan. Aku, TUHAN Raja akan membunuh kamu, tetapi kepada mereka yang taat kepada-Ku akan Kuberikan nama yang baru.


Musuhnya mengaum seperti singa terhadapnya, dan menjadikan tanahnya tandus dan sunyi; kota-kotanya tinggal runtuhan, dan tidak berpenghuni.


Sia-sia sahaja Aku menghukum kamu, kerana kamu tidak mahu menerima pengajaran-Ku. Seperti singa yang sedang mengamuk, demikianlah kamu membunuh para nabi kamu.


Jika kamu tetap membantah, Aku akan memperlakukan Rumah-Ku ini seperti Aku telah memperlakukan Silo, sehingga semua bangsa di dunia menggunakan nama kota Yerusalem sebagai kutuk.’ ”


Sebagaimana singa keluar dari hutan tebal di tepi Sungai Yordan lalu naik ke padang rumput yang hijau, demikianlah Aku akan datang dan menyebabkan orang Edom lari dengan tiba-tiba dari negeri mereka. Selepas itu pemimpin yang Aku pilih akan memerintah negeri itu. Siapakah yang setara dengan Aku? Siapakah yang berani mencabar Aku? Penguasa manakah yang sanggup menentang Aku?


Sebagaimana singa keluar dari hutan tebal di pinggir Sungai Yordan, lalu naik ke padang rumput yang hijau, demikian juga Aku, TUHAN, akan datang dan menyebabkan orang Babilonia lari dengan tiba-tiba dari kota mereka. Kemudian pemimpin yang Aku pilih akan memerintah negeri itu. Siapakah yang setara dengan Aku? Siapakah yang berani mencabar Aku? Penguasa manakah yang sanggup menentang Aku?


Jangan percaya kepada kata-kata dusta ini, ‘Kita aman, kerana ini Rumah TUHAN. Sungguh ini Rumah TUHAN! Memang ini Rumah TUHAN!’


Ibu kamu bagaikan singa betina yang sangat berani. Dia membesarkan anak-anaknya antara singa-singa jantan yang ganas.


Penduduk kota Samaria akan takut dan berkabung kerana kehilangan lembu emas di Betel. Mereka dan para imam yang mengabdikan diri kepada lembu emas akan menangis. Mereka akan meraung apabila kemuliaan patung berhala itu lenyap.


Hai imam-imam yang bertugas di mazbah, pakailah kain guni dan menangislah. Masuklah ke dalam Rumah TUHAN dan merataplah semalam suntuk. Tiada lagi gandum dan wain untuk dipersembahkan kepada Allah kamu.


Oleh itu bumi akan gempa dan semua orang di negeri itu gelisah. Seluruh negeri akan goncang; bumi akan naik turun seperti Sungai Nil.


TUHAN berfirman, “Pada hari itu, kamu akan mendengar tangisan di Gerbang Ikan di Yerusalem. Suara ratapan akan kedengaran dari perkampungan baru di kota itu dan bunyi dentum yang kuat akan bergema dari bukit-bukit.


Pada masa itu, hai umat-Ku, kamu tidak perlu berasa malu lagi kerana telah memberontak terhadap Aku. Aku akan menyingkir setiap orang yang sombong dan angkuh; kamu tidak akan memberontak lagi terhadap Aku di bukit-Ku yang suci.


Para pembesar kota itu seperti singa yang mengaum-aum. Hakim-hakimnya seperti serigala lapar yang sangat rakus sehingga sepotong tulang pun tiada yang ditinggalkan untuk esok harinya.


Hai pokok sipres, menangislah dan merataplah, kerana pokok sedar sudah jatuh; pokok-pokok yang megah sudah musnah. Hai pokok-pokok oak di Basan, menangislah dan merataplah, kerana hutan tebal sudah ditebang.


Aku hilang kesabaran terhadap tiga orang gembala lain yang membenci aku. Oleh itu aku mengusir mereka dalam masa satu bulan.


Jangan pedulikan orang Farisi. Mereka pemimpin buta, dan apabila orang buta memimpin orang buta, kedua-dua mereka jatuh ke dalam longkang.”


Adakah seorang nabi yang tidak dianiaya oleh nenek moyang saudara semua? Mereka membunuh pesuruh-pesuruh Allah yang dahulu kala mengumumkan kedatangan Hamba Allah yang melakukan kehendak-Nya. Sekarang saudara-saudara sudah mengkhianati dan membunuh Dia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan