ZAKHARIA 1:3 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible3 Tetapi sekarang Aku berfirman kepada kamu: Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik Protestant Bible3 Tetapi sekarang Aku berfirman kepada kamu: Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu. Faic an caibideil |
Tetapi apabila negeri aman lagi, mereka berdosa semula, dan Engkau pun membiarkan musuh mengalahkan mereka. Namun ketika mereka bertaubat dan memohon Engkau menyelamatkan mereka, dari syurga Engkau mendengarkan seruan mereka; dan berulang kali Engkau menyelamatkan mereka demi belas kasihan-Mu yang besar.
TUHAN berfirman, “Apabila seorang suami menceraikan isterinya, lalu perempuan itu menjadi isteri orang lain, maka bekas suaminya tidak boleh mengambil dia kembali sebagai isteri, kerana perbuatan itu akan menajiskan seluruh negeri ini. Engkau Israel, sudah mempunyai banyak sekali kekasih, dan sekarang engkau mahu kembali kepada-Ku pula!
Aku terus-menerus mengutus semua hamba-Ku, para nabi kepada kamu, dan mereka telah menyuruh kamu meninggalkan perbuatan jahat dan melakukan yang baik. Mereka memperingatkan kamu supaya tidak menyembah ataupun mengabdi kepada tuhan-tuhan lain, agar kamu boleh terus tinggal di negeri yang telah Kuberikan kepada kamu dan nenek moyang kamu. Tetapi kamu tidak mendengarkan ataupun mengendahkan Aku.