Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




YOHANES 1:3 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

3 Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini yang dijadikan tanpa Dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

3 Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini yang dijadikan tanpa Dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




YOHANES 1:3
20 Iomraidhean Croise  

Pada mulanya, ketika Allah mula menciptakan alam semesta,


Kemudian Allah berfirman, “Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita. Mereka akan menguasai semua ikan, burung, serta binatang lain: binatang jinak, dan binatang liar yang besar mahupun yang kecil.”


Ya Allah, janganlah ambil nyawaku, sebelum lanjut usiaku. Engkau hidup selama-lamanya;


TUHAN mencipta langit dengan perintah-Nya, matahari, bulan, dan bintang dijadikan oleh firman-Nya.


Aku di sisi-Nya seperti seorang jurubina, setiap hari akulah sumber kebahagiaan-Nya, aku sentiasa gembira di hadirat-Nya.


Akulah yang menjadikan bumi, dan menciptakan manusia untuk mendiaminya. Dengan kuasa-Ku, Aku membentangkan langit; Aku menguasai matahari, bulan, dan bintang.


TUHAN yang menjadikan langit, Dialah Allah! Dia membentuk dan menjadikan bumi, Dia menjadikan bumi teguh. Dia menjadikan bumi tempat kediaman manusia, bukan suatu tempat yang lengang. Dialah yang berfirman, “Akulah TUHAN, dan tidak ada yang lain.


Firman itu ada di dunia. Walaupun Allah menjadikan dunia ini melalui Dia, orang di dunia ini tidak mengenal Dia.


Sejak permulaan, Firman itu bersama-sama Allah.


tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang menciptakan segala sesuatu, dan untuk Dialah kita hidup. Tuhan hanya satu juga, iaitu Yesus Kristus. Melalui Dia segala sesuatu diciptakan, dan kerana Dialah kita hidup.


Aku juga harus menjadikan semua orang tahu bagaimana Allah melaksanakan rancangan-Nya yang dirahsiakan itu. Allah, Pencipta semesta alam ini merahsiakan rancangan-Nya sejak dahulu,


Kerana beriman, kita mengerti bahawa alam ini diciptakan oleh firman Allah, maka apa yang dapat dilihat dijadikan daripada apa yang tidak dapat dilihat.


Sesiapa percaya bahawa Kristus Penyelamat yang diutus oleh Allah, orang itu anak Allah. Sesiapa yang mengasihi seorang bapa, mengasihi anak bapa itu juga.


“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Laodikia: Inilah perkhabaran daripada Dia yang disebut Amin, saksi yang setia dan benar, sumber segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah.


“Ya Tuhan dan Allah kami! Engkau sahaja yang layak menerima kemuliaan, penghormatan, dan kekuasaan, kerana Engkaulah yang menciptakan segala sesuatu, dan dengan kehendak-Mu juga segala sesuatu itu wujud dan hidup.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan