Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




WAHYU 18:6 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

6 Perlakukanlah Babel sebagaimana Babel telah memperlakukan kamu; balaslah Babel dua kali ganda bagi semua perbuatannya. Isilah cawannya dengan minuman yang dua kali lebih keras daripada minuman yang disediakannya untuk kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

6 Perlakukanlah Babel sebagaimana Babel telah memperlakukan kamu; balaslah Babel dua kali ganda bagi semua perbuatannya. Isilah cawannya dengan minuman yang dua kali lebih keras daripada minuman yang disediakannya untuk kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




WAHYU 18:6
21 Iomraidhean Croise  

“Suruhlah pasukan pemanah menyerang Babel. Kerahlah setiap orang yang tahu menggunakan busur dan panah. Kepunglah kota itu dan jangan benarkan sesiapa pun melarikan diri. Balaslah segala perbuatan Babel; perlakukanlah Babel sebagaimana Babel telah memperlakukan orang lain, kerana Babel bertindak dengan angkuh terhadap Aku, Yang Maha Suci, Allah Israel.


Hai orang Babel, kamu akan dimusnahkan! Berbahagialah orang yang membalas perbuatan kamu terhadap kami!


Pekikkanlah tempik peperangan di sekeliling kota itu! Sekarang Babel telah menyerah. Tembok pertahanannya telah ditembusi dan dirobohkan. Aku sedang membalas dendam-Ku terhadap orang Babilonia. Oleh itu balaslah dendam kamu, dan perlakukanlah mereka sebagaimana mereka telah memperlakukan orang lain.


Kota besar itu terbelah menjadi tiga bahagian, dan kota-kota semua negeri di bumi juga musnah. Allah tidak lupa akan Babel yang besar itu. Dia memaksa Babel minum dari mangkuk-Nya yang berisi wain kemurkaan Allah yang menyala-nyala.


akan minum wain yang melambangkan kemurkaan Allah. Wain yang pekat itu dituang ke dalam cawan kemurkaan-Nya! Semua orang itu akan diseksa di dalam api dan belerang di hadapan malaikat-malaikat suci dan Anak Domba.


TUHAN berfirman, “Engkau akan melihat Aku membalas Babilonia dan penduduknya bagi segala kejahatan yang dilakukan mereka terhadap Yerusalem.


Wanita itu berpakaian ungu dan merah tua, serta memakai perhiasan emas, permata, dan mutiara. Tangannya memegang sebuah cawan emas yang penuh dengan perkara-perkara cabul dan keji, hasil daripada perbuatannya yang cabul.


Pulanglah, hai kamu orang buangan, sekarang kamu mempunyai harapan; pulanglah ke tempat perlindungan kamu. Aku memberitahu kamu sekarang, bahawa Aku akan memberkati kamu dua kali ganda bagi segala penderitaan yang kamu alami.


Semoga Engkau mempermalukan orang yang menganiaya aku, tetapi lindungilah aku, ya TUHAN. Liputilah mereka dengan ketakutan, tetapi janganlah takutkan aku. Datangkanlah malapetaka terhadap mereka sehingga mereka hancur binasa.


Aku akan membalas dosa dan kejahatan mereka dengan hukuman dua kali ganda, kerana mereka telah menajiskan negeri-Ku dengan banyak berhala. Berhala-berhala itu tidak bernyawa seperti mayat. Mereka telah memenuhi negeri-Ku dengan tuhan-tuhan palsu.”


Aleksander, tukang besi itu sudah melakukan perkara-perkara yang jahat terhadapku. Tuhan akan membalas dia menurut perbuatannya.


Babilonia telah menyebabkan kematian orang dari seluruh dunia; tetapi sekarang Babilonia akan jatuh, kerana menyebabkan kematian banyak sekali orang Israel. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Raja-raja dunia melakukan perbuatan cabul dengan pelacur itu, dan penduduk dunia menjadi seperti orang mabuk ketika pelacur itu melakukan perbuatan cabul dengan mereka.”


Sesiapa yang harus ditawan, pasti akan ditawan; sesiapa yang harus dibunuh dengan pedang, pasti akan dibunuh dengan pedang. Itulah sebabnya umat Allah mesti tabah hati dan setia kepada Kristus.”


“Galakkanlah penduduk Yerusalem. Beritahulah mereka bahawa sudah cukup mereka menderita, dan dosa mereka sudah Kuampunkan.” Aku telah menghukum mereka dengan sepenuhnya kerana dosa mereka.


Kamu tidak akan dipermalukan atau dihina lagi. Kamu akan tinggal di negeri kamu sendiri, kekayaan kamu akan menjadi dua kali ganda; kesukaan kamu akan kekal selama-lamanya.


Hukumlah mereka kerana perbuatan mereka, kerana segala kejahatan yang telah dilakukan mereka. Hukumlah mereka kerana segala perbuatan mereka; balaslah mereka dengan sepatutnya.


Bersukacitalah, hai syurga, kerana kemusnahan kota itu! Bersukacitalah, hai umat Allah, rasul-rasul, dan nabi-nabi, kerana Allah telah menghukum Babel bagi apa yang sudah dilakukannya terhadap kamu!


Ya TUHAN, hukumlah mereka setimpal dengan perbuatan mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan