Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




WAHYU 11:2 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

2 Tetapi janganlah ukur halaman yang di sebelah luar, kerana bahagian itu sudah diserahkan kepada orang yang tidak mengenal Allah. Mereka akan menginjak-injak kota suci itu selama empat puluh dua bulan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

2 Tetapi janganlah ukur halaman yang di sebelah luar, kerana bahagian itu sudah diserahkan kepada orang yang tidak mengenal Allah. Mereka akan menginjak-injak kota suci itu selama empat puluh dua bulan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




WAHYU 11:2
32 Iomraidhean Croise  

Mazmur Asaf. Ya Allah, orang yang tidak mengenal Engkau telah menyerang tanah-Mu. Mereka telah menajiskan Rumah-Mu yang suci dan meruntuhkan Yerusalem.


Namun kamu mengaku dengan bangga bahawa kamu warga kota yang suci, dan bahawa kamu bergantung kepada Allah Israel, yang disebut TUHAN Yang Maha Kuasa.


Inilah yang hendak aku lakukan pada ladang anggurku itu: aku akan mencabut pagar di sekelilingnya, merobohkan tembok yang melindunginya, dan membiar binatang liar memakannya dan memijak-mijaknya.


Bangunlah, hai Yerusalem, bangunlah! Kuatkanlah hatimu! Kenakanlah pakaian kebesaranmu! Hai Yerusalem, kota yang suci, orang najis tidak akan memasuki pintu gerbangmu lagi.


Musuhnya merampas segala kekayaannya. Dia nampak mereka masuk ke Rumah TUHAN, tempat larangan bagi orang yang bukan umat TUHAN.


Selepas itu balikkanlah badanmu dan berbaringlah pula pada sebelah kananmu. Rasakanlah hukuman untuk kesalahan penduduk Yehuda selama empat puluh hari, satu hari melambangkan satu tahun hukuman bagi mereka.


Kawasan Rumah TUHAN itu empat persegi; panjangnya tembok pada tiap-tiap sisi ialah 250 meter. Tembok itu memisahkan apa yang suci daripada apa yang tidak suci.


Malaikat itu mengangkat kedua-dua tangannya ke arah langit, lalu bersumpah demi nama Allah yang kekal. Aku mendengar dia berkata, “Tiga tahun setengah! Setelah penganiayaan terhadap umat Allah berakhir, maka kejadian-kejadian yang ajaib itu pun akan berakhir.”


Kemudian aku hendak tahu tentang binatang yang keempat itu, yang tidak sama dengan yang lain-lain itu; binatang yang menakutkan dan meremukkan mangsanya dengan kuku gangsa dan gigi besinya, lalu menginjak-injak mangsanya.


Dia akan menentang Allah Yang Maha Tinggi dan menindas umat Allah. Dia akan cuba mengubah hukum dan perayaan agama mereka dan umat Allah akan ditakluknya selama tiga tahun setengah.


Tanduk itu menjadi begitu kuat sehingga dapat menyerang bala tentera syurga. Beberapa di kalangan bala tentera syurga dan bintang-bintang dijatuhkannya ke bumi, lalu dipijak-pijaknya.


Kemudian aku mendengar satu malaikat bertanya kepada malaikat yang lain, “Berapa lamakah perkara yang dilihat dalam penglihatan itu akan berlangsung? Berapa lamakah dosa yang keji akan menggantikan korban harian? Berapa lamakah bala tentera syurga dan Rumah TUHAN akan diinjak-injak?”


Aku mendengar malaikat yang lain menjawab, “Hal itu akan berlaku selama 1,150 hari, dan selama itu korban pagi dan korban petang tidak akan dipersembahkan. Selepas itu Rumah TUHAN akan dipulihkan.”


Kamu akan menanggung akibat dosa kamu selama empat puluh tahun, satu tahun untuk setiap hari daripada empat puluh hari yang kamu gunakan untuk menjelajahi tanah itu. Barulah kamu tahu bagaimana rasanya apabila Aku menentang kamu.


Mereka meninggalkan kubur, dan setelah Yesus bangkit daripada kematian, mereka masuk ke Yerusalem. Di sana banyak orang nampak mereka.


Kemudian Iblis membawa Yesus ke Yerusalem, kota suci itu, lalu meletakkan Dia di puncak Rumah Tuhan.


“Kamu bagaikan garam dunia. Jika garam sudah menjadi tawar, garam itu tidak dapat menjadi masin lagi. Garam seperti itu tidak berguna lagi, selain dibuang dan dipijak-pijak orang.


Ada orang yang akan dibunuh dengan pedang, ada lagi orang yang akan dibawa sebagai tawanan ke negeri orang, dan bangsa yang tidak mengenal Allah akan menginjak-injak Yerusalem sehingga habis masa yang ditetapkan oleh Tuhan untuk mereka.”


Lebih berat lagi hukuman yang harus dijatuhkan kepada seseorang yang menginjak-injak Anak Allah, yang menganggap hina darah perjanjian Allah yang sudah menyucikan dia daripada dosa, dan yang menista Roh Allah yang mengasihinya!


Setelah tiga hari setengah, nafas daripada Allah yang memberikan hidup, memasuki mereka. Mereka pun bangkit, sehingga semua orang yang melihat mereka sangat ketakutan.


Aku akan mengutus dua orang saksi-Ku yang mengenakan pakaian berkabung. Mereka akan mengisytiharkan perkhabaran Allah selama 1,260 hari.”


Wanita itu lari ke padang gurun, ke tempat yang telah disediakan oleh Allah baginya. Di situ dia akan dipelihara selama 1,260 hari.


Roh Allah menguasai aku, dan malaikat itu membawa aku ke puncak gunung yang sangat tinggi. Dia menunjukkan Yerusalem kepadaku, kota suci itu yang turun dari syurga daripada Allah,


Aku nampak kota suci itu, Yerusalem baru turun dari syurga daripada Allah. Kota itu sudah disiapkan seperti pengantin perempuan yang telah berhias untuk menemui suaminya.


Jika seseorang mengurangkan kata-kata nubuat di dalam kitab ini, Allah juga akan mengambil balik hak orang itu untuk makan buah pokok sumber kehidupan dan haknya untuk tinggal di kota suci itu, seperti yang digambarkan di dalam kitab ini.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan