Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




WAHYU 10:4 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

4 Sebaik sahaja tujuh guruh itu berkata-kata, aku hendak menulis apa yang dikatakan. Tetapi aku mendengar suara dari syurga berkata, “Rahsiakanlah apa yang dikatakan oleh tujuh guruh itu; jangan tulis hal itu!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

4 Sebaik sahaja tujuh guruh itu berkata-kata, aku hendak menulis apa yang dikatakan. Tetapi aku mendengar suara dari syurga berkata, “Rahsiakanlah apa yang dikatakan oleh tujuh guruh itu; jangan tulis hal itu!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




WAHYU 10:4
13 Iomraidhean Croise  

Makna tiap-tiap penglihatan akan tersembunyi daripada kamu seperti naskhah gulungan yang bermeterai. Jika kamu membawa naskhah gulungan itu kepada seorang yang tahu membaca dan menyuruh dia membacanya, dia akan berkata tidak mungkin kerana naskhah itu bermeterai.


TUHAN berfirman kepadaku, “Ambillah sebuah batu tulis yang besar dan tulislah perkataan ini di atasnya dengan huruf-huruf yang jelas: ‘Curi Segera, Rampas Cepat.’


Kamu, pengikut-pengikutku, harus menyimpan dan memelihara perkhabaran yang telah diberikan Allah kepadaku.


Malaikat itu berkata kepadaku, “Sekarang, hai Daniel, tutuplah dan meteraikanlah kitab itu, sehingga akhir zaman. Sementara itu banyak orang akan cuba memahami hal yang sedang berlaku, tetapi usaha mereka sia-sia saja.”


Dia menjawab, “Hai Daniel, engkau harus pergi sekarang, kerana kata-kata itu mesti dirahsiakan sehingga akhir zaman.


Penglihatan tentang korban pagi dan korban petang yang telah dinyatakan kepadamu itu juga akan berlaku. Tetapi rahsiakanlah hal itu, kerana masih lama lagi sebelum hal-hal itu berlaku.”


Memang ada beberapa hal yang dirahsiakan oleh TUHAN, Allah kita, tetapi Dia sudah menyatakan Taurat-Nya kepada kita, dan kita serta keturunan kita mesti mematuhinya selama-lamanya.”


Suara itu berkata, “Tuliskanlah apa yang engkau lihat dan kirimlah kitab ini kepada jemaah di tujuh buah kota berikut: Efesus, Smirna, Pergamus, Tiatira, Sardis, Filadelfia, dan Laodikia.”


Oleh itu, tulislah perkara-perkara yang engkau lihat, iaitu perkara-perkara yang ada sekarang ini, dan perkara-perkara yang akan berlaku kelak.


Kemudian suara yang aku dengar dari syurga itu, berkata kepadaku lagi, “Pergilah ambil gulungan naskhah terbuka itu, yang dipegang oleh malaikat yang berdiri di laut dan di darat.”


Dia berkata lagi, “Janganlah rahsiakan kata-kata nubuat di dalam kitab ini, kerana sudah hampir masanya apabila semua perkara ini akan berlaku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan