Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




WAHYU 10:1 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

1 Kemudian aku melihat satu lagi malaikat perkasa turun dari syurga. Dia diselubungi awan dan kepalanya dikelilingi pelangi. Mukanya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

1 Kemudian aku melihat satu lagi malaikat perkasa turun dari syurga. Dia diselubungi awan dan kepalanya dikelilingi pelangi. Mukanya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




WAHYU 10:1
28 Iomraidhean Croise  

dan membina rumah-Mu di tempat yang lebih tinggi daripada langit. Engkau menunggang awan dan mengenderai angin.


Dia dikelilingi awan dan kegelapan; pemerintahan-Nya berdasarkan hukum dan keadilan.


Sedang Harun berucap kepada mereka semua, mereka memandang ke hala padang gurun, dan tiba-tiba cahaya hadirat TUHAN kelihatan di dalam awan.


Kakinya seperti tiang marmar putih, yang beralaskan emas. Perawakannya gagah seperti gunung-gunung di Lebanon, dan anggun seperti pokok sedar.


Inilah perkhabaran TUHAN tentang Mesir. TUHAN datang ke Mesir mengendarai awan yang laju. Berhala-berhala Mesir gementar di hadapan-Nya dan penduduk Mesir hilang semangat.


“Pada zaman Nuh Aku berjanji tidak akan membanjiri bumi lagi. Sekarang Aku berjanji tidak akan murka terhadapmu lagi; Aku tidak akan memarahi atau menghukum kamu.


Kemurkaan-Mu bagaikan awan yang sangat tebal, sehingga tidak dapat ditembusi doa.


dengan warna-warna pelangi. Cahaya berkilauan itu menunjukkan hadirat TUHAN.


Badannya bersinar-sinar seperti batu permata; mukanya seterang kilat, dan matanya menyala-nyala seperti api. Tangan dan kakinya berkilau seperti gangsa yang baru digilap, dan suaranya seperti riuh orang ramai.


Dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak sesuatu yang seperti manusia. Dia datang diliputi awan, lalu menghampiri Dia yang hidup selama-lamanya, dan dihadapkan kepada-Nya.


“Beritahulah Harun, abangmu itu, bahawa hanya pada waktu yang telah ditentukan, dia boleh pergi ke belakang tirai, ke dalam Bilik Maha Suci, kerana di situlah Aku menampakkan diri di dalam awan di atas penutup Tabut Perjanjian. Jika Harun melanggar perintah itu, dia akan mati.


Sewaktu mereka memandang Yesus, rupa Yesus berubah. Muka-Nya menjadi terang seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan.


Barulah Anak Manusia akan kelihatan datang dikelilingi awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar.


Tuanku, pada masa hamba di tengah perjalanan, kira-kira pada tengah hari, hamba melihat cahaya yang lebih terang daripada matahari. Cahaya itu datang dari langit dan menyinari sekeliling hamba dan semua orang yang berjalan bersama dengan hamba.


Lihatlah, Dia datang dengan awan! Semua orang akan melihat Dia, termasuk juga mereka yang sudah membunuh Dia. Semua bangsa di bumi akan meratap kerana Dia. Ya, tentu! Amin!


Setelah itu aku melihat satu lagi malaikat turun dari syurga. Dia mempunyai kuasa besar, dan cahaya yang mengelilinginya menerangi seluruh bumi.


Kemudian satu malaikat perkasa mengangkat sebuah batu sebesar batu kisaran yang besar, lalu membuangnya ke dalam laut seraya berkata, “Demikianlah kota Babel yang agung itu akan dihempaskan dengan kuat, dan tidak akan dijumpai lagi.


Kemudian aku nampak satu malaikat turun dari syurga. Dia memegang kunci jurang maut dan seutas rantai besar.


Mukanya bersinar seperti batu jasper dan batu sardis. Takhta itu dikelilingi oleh pelangi yang bersinar seperti zamrud.


Lalu aku melihat satu malaikat perkasa bertanya dengan suara yang lantang, “Siapakah yang layak memecahkan meterai-meterai ini serta membuka gulungan naskhah ini?”


Kemudian aku melihat dan mendengar seekor burung helang yang terbang tinggi di angkasa, berseru, “Sungguh malang! Sungguh malang! Sungguh malang semua orang yang hidup di bumi apabila terdengar bunyi trompet yang akan ditiup oleh tiga malaikat lain.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan