Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 9:8 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

8 Engkau mendapati dia setia kepada-Mu, lalu Engkau membuat perjanjian dengannya. Engkau berjanji untuk memberi dia negeri orang Kanaan, negeri orang Het dan orang Amori, negeri orang Feris, orang Yebusi, dan orang Girgasi, untuk menjadi tempat tinggal keturunannya. Engkau menepati janji-Mu kerana Engkau adil dan setia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

8 Engkau mendapati dia setia kepada-Mu, lalu Engkau membuat perjanjian dengannya. Engkau berjanji untuk memberi dia negeri orang Kanaan, negeri orang Het dan orang Amori, negeri orang Feris, orang Yebusi, dan orang Girgasi, untuk menjadi tempat tinggal keturunannya. Engkau menepati janji-Mu kerana Engkau adil dan setia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 9:8
39 Iomraidhean Croise  

TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman kepadanya, “Inilah negeri yang akan Kuberikan kepada keturunanmu.” Kemudian Abram membina sebuah mazbah di situ untuk TUHAN yang sudah menampakkan diri kepadanya.


Abram percaya kepada TUHAN, maka TUHAN berkenan kepadanya.


“Jangan sakiti anak itu, jangan lakukan apa-apa terhadapnya,” kata malaikat itu. “Sekarang Aku tahu bahawa engkau menghormati dan mentaati Aku, kerana engkau tidak enggan menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku.”


Betapa sempurnanya perbuatan Allah ini, firman TUHAN dapat dipercayai. Dia umpama perisai bagi semua orang yang berlindung pada-Nya.


Kanaan juga nenek moyang orang Yebusi, Amori, Girgasi,


perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham, dan janji-Nya dengan Ishak,


Ya TUHAN, Allah Israel, Engkau sungguh adil. Walaupun demikian, Engkau telah membenarkan kami hidup. Kami mengakui dosa kami. Kami tidak layak menghadap hadirat-Mu.”


Tindakan-Mu adil untuk menghukum kami yang bercela; Engkau setia, walaupun kami berbuat dosa.


TUHAN itu pengasih dan adil; Allah kita penuh belas kasihan.


Aku telah mengambil keputusan untuk membawa mereka keluar dari Mesir, tempat mereka ditindas, dan membawa mereka ke suatu tanah yang kaya dan subur, iaitu negeri orang Kanaan, Het, Amori, Feris, Hewi, dan Yebusi.


Oleh itu Aku turun untuk membebaskan mereka daripada orang Mesir, dan membawa mereka keluar dari negeri itu ke suatu negeri yang luas, kaya, dan subur. Pada masa ini, negeri itu didiami oleh orang Kanaan, Het, Amori, Feris, Hewi, dan Yebusi.


“Hai manusia fana, orang yang tinggal di reruntuhan kota-kota Israel mengatakan, ‘Abraham hanya satu orang, namun dia mendapat seluruh tanah ini; tetapi kita ini banyak orang, dan tentunya tanah ini menjadi milik kita.’


Orang Amalek tinggal di bahagian selatan tanah itu; orang Het, orang Yebusi, dan orang Amori tinggal di kawasan perbukitan; orang Kanaan tinggal di kawasan pantai Laut Tengah dan di sepanjang Sungai Yordan.”


Allah bukan manusia, Dia tidak berdusta; Allah bukan insan, Dia tidak mengubah fikiran. Apa yang dijanjikan-Nya akan dipenuhi-Nya; apa yang difirmankan-Nya pasti dilakukan-Nya.


Setelah Allah menyingkirkan dia daripada kedudukannya, Allah menjadikan Daud raja mereka. Inilah yang dikatakan oleh Allah tentang Daud, ‘Aku mendapati Daud anak Isai seorang yang menyenangkan hati-Ku. Dia orang yang akan melakukan segala kehendak-Ku.’


Pergilah kepada imam yang bertugas pada waktu itu dan katakanlah kepadanya, ‘Sekarang saya mengaku kepada TUHAN, Allah saya bahawa saya sudah datang ke tanah yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kita untuk diberikan kepada kita.’


TUHAN pembela kamu yang perkasa, Dia sempurna dan adil dalam segala perkara; Allah kamu setia, tidak ada kecurangan pada-Nya, Dia melakukan yang baik dan yang benar.


“TUHAN, Allah kamu akan membawa kamu ke tanah yang akan kamu duduki, dan Dia akan mengusir banyak bangsa dari tanah itu. Semasa kamu bergerak maju, Dia akan mengusir tujuh bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada kamu: orang Het, Girgasi, Amori, Kanaan, Feris, Hewi, dan Yebusi.


TUHAN membenarkan kamu mengambil tanah mereka itu bukan kerana kamu baik dan melakukan yang benar. TUHAN mengusir mereka kerana mereka jahat, dan kerana Dia hendak memenuhi perjanjian yang dibuat-Nya dengan nenek moyang kamu, Abraham, Ishak, dan Yakub.


Ajaran itu berdasarkan harapan kita untuk menerima hidup sejati dan kekal. Allah yang tidak berdusta, telah menjanjikan hidup itu sebelum permulaan zaman.


Kerana beriman, Abraham mempersembahkan anaknya, Ishak, sebagai korban, ketika Allah menguji Abraham. Allah memberikan janji-Nya kepada Abraham, namun Abraham bersedia mempersembahkan anaknya yang tunggal sebagai korban.


Dua perkara itu tidak dapat berubah, iaitu janji-Nya dan sumpah-Nya. Allah tidak dapat berdusta tentangnya. Oleh itu, kita yang sudah pergi kepada-Nya untuk mendapat perlindungan, sangat digalakkan supaya berpegang teguh kepada harapan yang ada di hadapan kita.


Yosua merebut seluruh tanah itu, menurut perintah TUHAN kepada Musa. Yosua membahagi-bahagikan tanah itu, lalu memberikan sebahagian kepada tiap-tiap suku Israel sebagai milik mereka sendiri. Umat Israel berhenti berperang dan negeri mereka aman.


Raja Yabin juga mengirim pesan kepada orang Kanaan di sebelah timur dan di sebelah barat Sungai Yordan, dan juga kepada orang Amori, Het, Feris; kepada orang Yebusi di perbukitan dan orang Hewi di kaki Gunung Hermon di daerah Mizpa.


Sekarang sudah masanya saya meninggal. Kamu masing-masing tahu betul bahawa TUHAN, Allah kamu telah memberi kamu segala yang baik, yang dijanjikan-Nya. Setiap janji-Nya telah ditepati; tiada satu pun yang dimungkiri-Nya.


Berita tentang kemenangan orang Israel didengar oleh semua raja negeri-negeri di sebelah barat Sungai Yordan: di perbukitan, di kaki-kaki bukit, dan di sepanjang kawasan pantai Laut Tengah, sampai ke Lebanon di sebelah utara. Mereka ialah raja-raja orang Het, Amori, Kanaan, Feris, Hewi, dan Yebusi.


Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan