Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 9:5 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

5 Ibadat pada hari itu dimulakan oleh orang Lewi yang berikut: Yesua, Kadmiel, Bani, Hasabneya, Serebya, Hodia, Sebanya, dan Petahya. Mereka berkata, “Marilah berdiri dan memuji TUHAN, Allah kita; pujilah Dia selama-lamanya! Pujilah nama-Nya yang penuh kemuliaan, nama yang lebih agung daripada segala pujian!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

5 Ibadat pada hari itu dimulakan oleh orang Lewi yang berikut: Yesua, Kadmiel, Bani, Hasabneya, Serebya, Hodia, Sebanya, dan Petahya. Mereka berkata, “Marilah berdiri dan memuji TUHAN, Allah kita; pujilah Dia selama-lamanya! Pujilah nama-Nya yang penuh kemuliaan, nama yang lebih agung daripada segala pujian!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 9:5
36 Iomraidhean Croise  

Sedang rakyat berkumpul di situ, Raja Salomo berpaling untuk menghadap mereka, lalu memohon Allah memberkati mereka.


Raja bertitah, “Terpujilah TUHAN, Allah Israel! Dia telah menepati janji yang dibuat-Nya kepada ayahanda beta, Raja Daud, ketika Dia berfirman kepada Raja Daud demikian,


Kemudian di hadapan rakyat, Raja Salomo berdiri menghadap mazbah. Baginda mengangkat kedua-dua tangannya


Tetapi, ya Allah, sungguhkah Engkau sudi tinggal di bumi? Bahkan seluruh langit pun tidak cukup luas bagi-Mu, apalagi Rumah yang telah kubina!


Pujilah TUHAN, Allah Israel! Pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya! Kemudian semua orang Israel berkata, “Amin”, dan mereka memuji TUHAN.


Engkau sungguh besar dan berkuasa. Engkau mulia, semarak, dan agung! Segala sesuatu di langit dan di bumi adalah milik-Mu. Engkaulah raja agung, penguasa atas segalanya.


Sekarang, ya Allah kami, kami mengucap syukur kepada-Mu dan kami memuji nama-Mu yang agung.


Selepas berdoa demikian, Raja Daud bertitah kepada orang ramai yang berkumpul di situ, “Pujilah TUHAN Allah kamu!” Kemudian semua orang itu memuji-muji TUHAN, Allah yang disembah nenek moyang mereka. Selepas itu mereka bersujud untuk menghormati TUHAN dan raja.


Semua kaum lelaki Yehuda, bersama-sama anak isteri mereka, berdiri di Rumah TUHAN.


Puak Kehat dan Korah daripada suku Lewi berdiri, lalu bersorak memuji TUHAN, Allah Israel.


Mereka menyanyikan puji-pujian bagi TUHAN, dan mengulang-ulangi bahagian nyanyian yang terakhir, yang berbunyi demikian: “TUHAN itu baik, dan kasih-Nya kepada Israel kekal abadi.” Rakyat ikut bersorak dan memuji TUHAN kerana asas Rumah TUHAN telah diletakkan.


Di situ ada pentas yang disediakan untuk orang Lewi. Yesua, Bani, Kadmiel, Sebanya, Buni, Serebya, Bani, dan Kenani berdiri di atas pentas itu. Mereka berdoa kepada TUHAN, Allah mereka dengan suara nyaring.


Selepas itu umat Israel berdoa demikian, “Ya TUHAN, Engkaulah satu-satunya TUHAN; Engkau menciptakan bintang dan seluruh angkasa, Engkau menjadikan darat dan laut serta segala isinya; Engkau memberikan hidup kepada semuanya. Segala kuasa di langit bersembah sujud kepada-Mu; mereka berlutut dan tunduk kepada-Mu.


Dia berkata, “Aku dilahirkan tanpa apa-apa, dan aku akan mati tanpa apa-apa juga. TUHAN yang memberikan dan sekarang TUHAN pula yang mengambil semula. Terpujilah nama-Nya!”


Siapakah dapat menceritakan perbuatan besar yang dilakukan TUHAN? Siapakah dapat memuji Dia dengan secukupnya?


Lagu ziarah. Mari, pujilah TUHAN, hai semua hamba TUHAN, yang berbakti di Rumah-Nya pada waktu malam.


Setiap hari aku akan bersyukur kepada-Mu; aku akan memuji Engkau selama-lamanya.


Orang akan menceritakan kemuliaan-Mu dan kebesaran-Mu, dan aku akan merenungkan perbuatan-Mu yang mengagumkan.


Aku akan memuji Dia seumur hidupku; aku akan menyanyi untuk Allahku sepanjang hayatku.


Aku berkata kepada TUHAN, “Engkaulah Tuhanku; tiada yang baik bagiku selain Engkau.”


Bernyanyilah dan muliakanlah nama-Nya; hormatilah dan pujilah Dia!


Setiap orang akan memuji nama-Nya yang agung dan mulia. Sucilah Dia!


Ya TUHAN, siapakah antara tuhan-tuhan yang seperti Engkau? Siapakah yang seperti Engkau, mulia dan suci? Siapakah yang dapat melakukan mukjizat dan perbuatan menakjubkan seperti yang Engkau lakukan?


Ya TUHAN, kekuatan-Mu, sungguh menakjubkan; Engkau menghancurkan musuh sehingga hancur luluh.


“Allah sungguh bijak dan berkuasa! Pujilah Dia selama-lamanya.


Pada masa itu Yesus berkata, “Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu kerana apa yang Engkau rahsiakan daripada orang yang bijak pandai, Engkau tunjukkan kepada orang yang tidak terpelajar.


Allah yang berfirman, “Daripada kegelapan, cahaya akan bersinar.” Allah itu juga yang menyebabkan cahaya-Nya bersinar di dalam hati kami, sehingga kita dapat memahami kemuliaan Allah yang bersinar pada wajah Kristus.


Jika kamu tidak setia mentaati segala hukum Allah yang tertulis di dalam kitab ini, dan tidak menghormati TUHAN, Allah kamu yang agung dan menakjubkan,


Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana Dia sangat mengasihani kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita.


Malaikat TUHAN itu bertanya, “Mengapa engkau hendak tahu namaku? Namaku itu nama yang mengagumkan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan