Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 9:31 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

31 Namun, kerana belas kasihan-Mu sangat besar, Engkau tidak meninggalkan ataupun membinasakan mereka. Engkau Allah yang pengasih dan berbelas kasihan!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

31 Namun, kerana belas kasihan-Mu sangat besar, Engkau tidak meninggalkan ataupun membinasakan mereka. Engkau Allah yang pengasih dan berbelas kasihan!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 9:31
15 Iomraidhean Croise  

Tetapi TUHAN baik hati kepada orang Israel dan Dia berbelas kasihan kepada mereka. Dia tidak membiarkan orang Israel dibinasakan. Dia menolong mereka kerana perjanjian-Nya dengan Abraham, Ishak, dan Yakub. TUHAN tidak pernah melupakan umat-Nya.


Jika kamu kembali kepada TUHAN, orang yang telah menawan sanak keluarga kamu akan mengasihani mereka, lalu membenarkan mereka pulang. TUHAN, Allah kamu itu baik dan berbelas kasihan; jika kamu kembali kepada-Nya, Dia akan menyambut kamu.”


Mereka tidak mahu patuh; mereka melupakan segala perbuatan-Mu, dan semua mukjizat yang sudah Engkau lakukan itu. Dengan angkuh mereka memilih seorang ketua, untuk membawa mereka ke Mesir, dan menjadi hamba semula. Tetapi Engkau Allah yang mengampuni; Engkau panjang sabar, berbelas kasihan, dan pengasih; Rahmat-Mu besar, dan Engkau tidak meninggalkan mereka.


Namun Engkau tidak meninggalkan mereka di padang pasir, kerana rahmat-Mu sungguh besar! Engkau tidak mengambil balik tiang awan atau tiang api yang menunjukkan jalan kepada mereka pada siang dan malam hari.


Aku menahan kemurkaan-Ku, supaya orang memuji nama-Ku. Aku menahan kemarahan-Ku, supaya kamu tidak dibinasakan.


TUHAN berfirman bahawa seluruh bumi akan menjadi gurun, tetapi Dia tidak akan memusnahkannya sama sekali.)


Aku akan menghantar musuh untuk merosakkan ladang anggur umat-Ku, tetapi bukan untuk memusnahkannya sama sekali. Aku akan menyuruh musuh memangkas ranting pokok anggur, kerana ranting-ranting itu bukan milik-Ku.


TUHAN berfirman, “Tetapi pada masa itu pun Aku tidak akan memusnahkan umat-Ku sama sekali.


Kasih TUHAN abadi dan rahmat-Nya tidak berkesudahan;


Engkau penuh belas kasihan dan keampunan, walaupun kami telah memberontak terhadap-Mu.


TUHAN, Allah kamu ialah Allah yang berbelas kasihan. Dia tidak akan meninggalkan atau membinasakan kamu. Dia tidak akan melupakan perjanjian yang sudah dibuat-Nya sendiri dengan nenek moyang kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan