NEHEMIA 8:9 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible9 Apabila rakyat mendengar pembacaan Taurat itu, mereka begitu terharu sehingga mereka menangis. Oleh itu Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu, dan orang Lewi yang sedang menghuraikan Taurat itu memberitahu rakyat, “Hari ini hari yang khas untuk TUHAN, Allah kamu. Oleh itu janganlah bersedih atau menangis. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik Protestant Bible9 Apabila rakyat mendengar pembacaan Taurat itu, mereka begitu terharu sehingga mereka menangis. Oleh itu Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu, dan orang Lewi yang sedang menghuraikan Taurat itu memberitahu rakyat, “Hari ini hari yang khas untuk TUHAN, Allah kamu. Oleh itu janganlah bersedih atau menangis. Faic an caibideil |
Orang Lewi, iaitu guru-guru Israel yang telah dikhaskan untuk TUHAN, mendapat perintah ini daripada Raja Yosia, “Letakkanlah Tabut Perjanjian yang suci itu di Rumah TUHAN, yang dibina Raja Salomo putera Raja Daud. Tidak usah lagi kamu membawanya dari tempat ke tempat, tetapi hendaklah kamu mengabdikan diri kepada TUHAN, Allah kamu dan umat-Nya Israel.
Aku tidak makan sedikit pun daripada persepuluhan itu semasa aku berkabung. Aku tidak membawanya keluar dari rumah ketika aku najis. Aku tidak memberikannya sebagai persembahan bagi orang mati. Aku sudah menurut perintah-Mu, ya TUHAN. Aku sudah melakukan segala yang Engkau perintahkan tentang persembahan persepuluhan.