Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 8:16 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

16 Kemudian rakyat pun pergi mengambil dahan-dahan dan membina pondok-pondok di atas bumbung rata rumah mereka, di halaman rumah, di halaman Rumah TUHAN, dan di padang dekat Pintu Gerbang Air, dan di padang dekat Pintu Gerbang Efraim.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

16 Kemudian rakyat pun pergi mengambil dahan-dahan dan membina pondok-pondok di atas bumbung rata rumah mereka, di halaman rumah, di halaman Rumah TUHAN, dan di padang dekat Pintu Gerbang Air, dan di padang dekat Pintu Gerbang Efraim.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 8:16
12 Iomraidhean Croise  

Pada suatu petang, setelah Raja Daud bangun daripada tidur, baginda pergi berjalan-jalan di bumbung istana yang rata. Dari situ baginda nampak seorang wanita sedang mandi, dan wanita itu sangat cantik.


Raja Yehoas menangkap Raja Amazia, lalu meneruskan serangannya ke Yerusalem. Baginda merobohkan tembok kota sepanjang 200 meter, bermula dari Pintu Gerbang Efraim sampai ke Pintu Gerbang Sudut.


Bersama-sama penduduk Yerusalem, mereka berkumpul di halaman baru di Rumah TUHAN. Raja Yosafat berdiri di hadapan rakyat


Raja Manasye juga membina mazbah-mazbah di kedua-dua halaman Rumah TUHAN untuk menyembah bintang-bintang.


Di pintu Gerbang Mata Air, mereka menaiki tangga yang menuju ke Kota Daud. Mereka melalui istana Daud lalu balik ke tembok di Pintu Gerbang Air, di bahagian timur kota itu.


Dari sana kami berarak melalui Pintu Gerbang Efraim, Pintu Gerbang Yesanah, Pintu Gerbang Ikan, Menara Hananeel, dan Menara Seratus, sampai ke Pintu Gerbang Domba. Perarakan kami berakhir dekat pintu gerbang Rumah TUHAN.


Pada bulan ketujuh, orang Israel telah menetap di kota masing-masing. Pada hari pertama bulan itu, mereka semua berkumpul di Yerusalem, di lapangan dekat Pintu Gerbang Air. Mereka minta supaya kitab Taurat diambil oleh Imam Ezra, seorang ahli dalam Taurat yang diberikan TUHAN kepada Israel melalui Musa.


Di lapangan itu, dekat pintu gerbang, Ezra membaca Taurat itu kepada mereka dari pagi hingga tengah hari, dan mereka semua mendengar dengan penuh perhatian.


Semua rumah di Yerusalem dan semua rumah raja-raja Yehuda akan menjadi najis seperti Tofet, kerana di bumbung rumah, orang telah membakar kemenyan untuk dewa-dewa langit dan mempersembahkan wain untuk dewa-dewa lain.”


dan membakarnya. Mereka akan membakarnya sampai habis bersama dengan rumah-rumah orang yang membangkitkan kemurkaan-Ku. Di bumbung rumah-rumah itu mereka telah membakar kemenyan kepada Baal dan mencurahkan wain sebagai persembahan kepada dewa-dewa.


Apabila kamu membina rumah baru, kamu mesti memasang pagar di sekeliling tepi bumbung rumah itu. Dengan demikian kamu tidak dipertanggungjawabkan jika seseorang jatuh dari atas bumbung itu lalu mati.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan