Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 6:13 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

13 Mereka mengupah dia untuk menakut-nakutkan aku supaya aku mengikuti cadangan mereka, dan aku berdosa. Dengan demikian mereka mendapat kesempatan untuk memburukkan namaku dan mempermalukan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

13 Mereka mengupah dia untuk menakut-nakutkan aku supaya aku mengikuti cadangan mereka, dan aku berdosa. Dengan demikian mereka mendapat kesempatan untuk memburukkan namaku dan mempermalukan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 6:13
24 Iomraidhean Croise  

Apabila aku merenungkan perkara itu semula, aku sedar bahawa amaran Semaya itu bukan daripada Allah. Tetapi Tobia dan Sanbalat sudah memberikan rasuah kepada Semaya supaya menyampaikan amaran itu kepadaku.


Demikianlah kandungan surat itu: “Menurut kata Gesyem, ada khabar angin di antara negeri-negeri jiran bahawa tuan dan orang Yahudi ingin memberontak, dan itulah sebabnya kamu membina semula tembok kota. Dia juga mengatakan bahawa tuan ingin menjadi raja,


Nama baik lebih baik daripada harta yang banyak; dikasihi orang lebih baik daripada diberikan perak dan emas.


Orang yang memuji-muji sahabatnya, memasang perangkap bagi dirinya sendiri.


Nama baik lebih harum daripada minyak wangi yang mahal, dan hari kematian lebih baik daripada hari kelahiran.


Dengarkan Aku, hai kamu yang tahu akan hal yang benar, kamu yang telah menyimpan ajaran-Ku dalam hati. Jangan takut apabila orang mencela atau menghina kamu;


TUHAN berfirman, “Siapakah dewa-dewa yang menakut-nakutkan kamu sehingga kamu berdusta terhadap-Ku dan melupakan Aku sama sekali? Adakah kamu tidak lagi menghormati Aku kerana Aku terlalu lama berdiam diri?


Bersiap-siaplah, hai Yeremia! Pergilah dan beritahulah mereka tentang semua yang Aku perintahkan kepadamu. Janganlah takut akan mereka, supaya Aku tidak menyebabkan engkau lebih takut lagi apabila engkau berhadapan dengan mereka kelak.


Kemudian orang berkata, “Marilah kita berpakat melawan Yeremia. Imam yang dapat memberikan ajaran, orang bijaksana yang dapat memberikan nasihat, dan nabi yang dapat menyampaikan perkhabaran Allah akan selalu ada. Marilah kita mengemukakan tuduhan terhadap Yeremia, dan berhenti mendengarkan kata-katanya!”


Aku mendengar orang berbisik di mana-mana, “Ketakutan merajalela! Mari laporkan dia kepada yang berkuasa!” Bahkan semua sahabat karibku menunggu kejatuhanku. Mereka berkata, “Mungkin dengan penipuan, dia dapat kita kalahkan, supaya dapatlah kita membalas dendam kepadanya.”


Tetapi engkau, hai manusia fana, janganlah takut kepada mereka atau kepada apa-apa sahaja yang dikatakan mereka. Mereka akan mencabar dan menghina engkau. Engkau akan merasa seperti hidup di tengah-tengah kala jengking. Meskipun demikian, janganlah takut kepada pemberontak itu, atau kepada apa-apa sahaja yang dikatakan mereka.


Janganlah takut akan mereka yang membunuh badan, tetapi tidak berkuasa membinasakan roh. Tetapi takutlah akan Allah yang berkuasa membinasakan baik badan mahupun roh di dalam neraka.


Beberapa orang Farisi pergi dan berkomplot untuk memerangkap Yesus dengan pertanyaan.


Ketua-ketua imam dan anggota lain daripada Majlis Agama berusaha untuk mencari bukti-bukti palsu bagi mendakwa Yesus, supaya mereka boleh menjatuhkan hukuman mati kepada-Nya.


Kemudian mereka menghadapkan beberapa orang yang memberikan kesaksian palsu tentang Stefanus. Mereka berkata, “Orang ini sentiasa menghina Rumah Tuhan yang suci dan Taurat Musa.


Apa yang aku lakukan sekarang akan aku lakukan terus-menerus supaya “rasul-rasul” yang lain itu tidak mempunyai alasan untuk berbangga dan berkata bahawa mereka bekerja seperti kami.


Oleh itu aku mahu supaya balu muda berkahwin lagi, mempunyai anak dan mengurus rumah tangga, agar musuh kita tidak berpeluang menjahatkan nama kita.


Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.


Gunakanlah kata-kata bijak yang tidak dapat dicela orang, supaya musuhmu malu kerana tidak dapat mengecam kita.


Oleh itu, seseorang yang tidak melakukan apa yang baik dan yang harus dilakukan, orang itu berdosa.


Tetapi pengecut, pengkhianat, orang yang melakukan perbuatan cabul, pembunuh, orang yang lucah, orang yang mengamalkan ilmu ghaib, penyembah berhala, dan semua pendusta, akan dibuang ke dalam lautan api dan belerang yang bernyala-nyala, iaitu kematian tahap kedua.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan