Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 3:1 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

1 Beginilah caranya tembok kota Yerusalem diperbaiki. Imam Agung Elyasib dan imam-imam lain membina semula Pintu Gerbang Domba, memasang daun-daun pintunya dan mentahbiskan semuanya. Mereka mentahbiskan tembok sampai ke Menara Seratus dan Menara Hananeel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

1 Beginilah caranya tembok kota Yerusalem diperbaiki. Imam Agung Elyasib dan imam-imam lain membina semula Pintu Gerbang Domba, memasang daun-daun pintunya dan mentahbiskan semuanya. Mereka mentahbiskan tembok sampai ke Menara Seratus dan Menara Hananeel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 3:1
19 Iomraidhean Croise  

Inilah jurai keturunan Imam Agung Yesua: Yesua bapa Yoyakim; Yoyakim bapa Elyasib; Elyasib bapa Yoyada;


Para imam dan orang Lewi menjalankan upacara penyucian bagi diri mereka sendiri, kemudian bagi rakyat, dan juga bagi pintu-pintu gerbang dan tembok kota.


Dari sana kami berarak melalui Pintu Gerbang Efraim, Pintu Gerbang Yesanah, Pintu Gerbang Ikan, Menara Hananeel, dan Menara Seratus, sampai ke Pintu Gerbang Domba. Perarakan kami berakhir dekat pintu gerbang Rumah TUHAN.


Yoyada ialah anak Imam Agung Elyasib, tetapi salah seorang anak Yoyada berkahwin dengan anak perempuan Sanbalat dari kota Bet-Horon. Oleh itu aku menyuruh Yoyada meninggalkan Yerusalem.


Imam Elyasib yang ditugaskan untuk mengawasi stor-stor bekalan itu sudah lama mempunyai hubungan baik dengan Tobia.


Barukh anak Zabai membina bahagian tembok yang selanjutnya, sampai ke pintu rumah Imam Agung Elyasib;


Meremot anak Uria, iaitu cucu Hakos, membina bahagian tembok yang selanjutnya, sampai ke hujung rumah Elyasib.


Para tukang emas dan pedagang membina bahagian tembok yang terakhir, bermula dari bilik atas di sudut tembok sampai ke Pintu Gerbang Domba.


Sanbalat, Tobia, Gesyem, dan musuh-musuh kami yang lain mendengar bahawa kami sudah selesai memperbaiki tembok itu, dan bahawa semua lubangnya sudah ditutup, walaupun pada ketika itu kami belum memasangkan daun-daun pintu pada pintu-pintu gerbang.


Setelah tembok itu selesai diperbaiki, aku mengarahkan supaya daun-daun pintu gerbang dipasang. Kemudian aku menyuruh para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan orang Lewi menjalankan tugas masing-masing.


Mazmur Daud. Lagu untuk pentahbisan Rumah TUHAN.


Biarlah penduduk Sion dan Yehuda bergembira, kerana Engkau menghakimi orang dengan adil.


Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.


Hormatilah TUHAN dengan memberi Dia persembahan daripada harta benda dan hasil tanamanmu yang terbaik.


TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila seluruh Yerusalem dibina semula sebagai kota-Ku, dari Menara Hananeel sampai ke Pintu Gerbang Sudut.


Perhatikanlah dan fahamilah hal ini: Dari saat perintah dikeluarkan untuk membina semula Yerusalem, hingga kedatangan pemimpin yang dipilih oleh Allah, jangka masanya ialah tujuh kali tujuh tahun. Yerusalem akan dibina semula dengan jalan-jalan raya dan pertahanan yang kuat, dan akan bertahan selama tujuh kali enam puluh dua tahun, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Tanah di seluruh negeri, dari kota Geba di utara sampai ke Rimon di selatan, akan menjadi rata. Yerusalem akan menjulang tinggi, lebih tinggi daripada tanah di sekitarnya; keluasan kota itu dari Pintu Gerbang Benyamin sampai ke Pintu Gerbang Sudut, iaitu tempat pintu gerbang yang dahulu, dan dari Menara Hananel sampai ke tempat pemerasan buah anggur milik raja.


Di Yerusalem dekat Pintu Domba ada sebuah kolam yang dalam bahasa Ibrani dinamakan Betesda. Kolam ini dikelilingi lima buah serambi.


Kemudian para pegawai tentera akan berkata kepada pasukan itu, ‘Adakah sesiapa di sini yang baru membina rumah dan belum mengadakan upacara perasmiannya? Jika ada, biarlah dia pulang. Jika tidak, mungkin dia terbunuh di medan peperangan lalu orang lain akan menduduki rumahnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan