Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 2:3 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

3 lalu menjawab, “Daulat tuanku! Mana mungkin hamba tidak bersedih, apabila kota tempat nenek moyang hamba dikuburkan sedang dalam keadaan reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

3 lalu menjawab, “Daulat tuanku! Mana mungkin hamba tidak bersedih, apabila kota tempat nenek moyang hamba dikuburkan sedang dalam keadaan reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 2:3
21 Iomraidhean Croise  

Batsyeba bersujud dan berkata, “Daulat, tuanku!”


Pada hari ketujuh, bulan kelima, tahun kesembilan belas pemerintahan Raja Nebukadnezar dari Babilonia, Nebuzaradan, iaitu panglima tentera dan penasihat raja, masuk ke Yerusalem.


Raja Yehoram menjadi raja ketika baginda berusia 32 tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama lapan tahun. Tiada sesiapa pun berasa sedih ketika baginda mangkat. Mereka memakamkan baginda di Kota Daud, tetapi bukan di makam diraja.


Raja Ahas mangkat lalu dimakamkan di Yerusalem, tetapi bukan di makam diraja. Puteranya Hizkia menggantikan baginda sebagai raja.


Raja Hizkia mangkat dan dimakamkan di bahagian atas makam diraja. Segenap penduduk Yehuda dan Yerusalem memberikan penghormatan besar kepadanya ketika baginda mangkat. Puteranya Manasye, menggantikan baginda sebagai raja.


Raja itu merobohkan tembok kota Yerusalem dan membakar kota itu, termasuk Rumah TUHAN dan semua istana, bersama-sama barang-barang berharga di dalam istana.


Mereka menceritakan bahawa orang bekas buangan yang sudah balik ke tanah air, kini hidup sengsara dan dihina oleh bangsa-bangsa asing yang tinggal di sekitar mereka. Lagipun tembok Yerusalem masih reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya belum diperbaiki sejak dibakar pada masa lampau.


Hari masih gelap ketika aku keluar dari kota melalui Pintu Gerbang Lembah di sebelah barat, lalu aku menuju ke arah selatan, melalui Mata Air Naga, ke Pintu Gerbang Sampah. Selama perjalanan itu, aku memeriksa tembok kota yang sudah roboh dan pintu-pintu gerbangnya yang telah musnah dimakan api.


Bagaimana mungkin hamba sanggup melihat bencana yang berlaku terhadap bangsa hamba, dan melihat sanak saudara hamba dibunuh?”


Engkau akan bangkit dan mengasihani Sion; masanya sudah tiba untuk mengasihaninya; inilah masanya yang tepat.


Walaupun Sion telah musnah, hamba-hamba-Mu mengasihinya; walaupun Sion telah runtuh, mereka mengasihaninya.


Biarlah aku tidak dapat menyanyi lagi, jika aku tidak mengingati engkau, dan tidak menjadikan engkau punca kegembiraanku.


Aku menjadi bongkok, aku tersungkur; aku berdukacita sepanjang hari.


Pada hari kesepuluh, bulan kelima dalam tahun kesembilan belas pemerintahan Raja Nebukadnezar di Babilonia, Nebuzaradan, iaitu panglima tentera dan penasihat raja, masuk ke Yerusalem.


Pintu-pintu gerbang roboh ditimbun runtuhan, dan palang-palangnya patah. Raja dan para pemimpin kini di negeri pembuangan. Taurat tidak lagi diajarkan, dan para nabi tidak lagi menerima penglihatan daripada TUHAN.


Mereka menjawab dalam bahasa Aram: “Daulat tuanku! Ceritakanlah mimpi tuanku, dan kami akan mentafsirkannya bagi tuanku.”


Mereka berkata kepada Raja Nebukadnezar, “Daulat tuanku!


Bonda raja mendengar bunyi riuh yang disebabkan oleh raja dan para jemputannya. Baginda masuk ke dalam dewan jamuan itu dan bertitah, “Daulat tuanku! Janganlah khuatir sehingga tuanku pucat.


Setibanya di situ, baginda memanggil dengan cemas, “Daniel, hamba Allah yang hidup! Adakah Allah yang kamu layani dengan begitu setia itu dapat menyelamatkan kamu daripada singa-singa itu?”


Kemudian mereka berkata, “Kita tidak mungkin mencari kesalahan Daniel, kecuali dalam hal yang berkaitan dengan agamanya.”


Aku akan memusnahkan kota-kota kamu dan juga tempat-tempat pemujaan kamu. Aku tidak akan menerima korban daripada kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan