Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 2:13 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

13 Hari masih gelap ketika aku keluar dari kota melalui Pintu Gerbang Lembah di sebelah barat, lalu aku menuju ke arah selatan, melalui Mata Air Naga, ke Pintu Gerbang Sampah. Selama perjalanan itu, aku memeriksa tembok kota yang sudah roboh dan pintu-pintu gerbangnya yang telah musnah dimakan api.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

13 Hari masih gelap ketika aku keluar dari kota melalui Pintu Gerbang Lembah di sebelah barat, lalu aku menuju ke arah selatan, melalui Mata Air Naga, ke Pintu Gerbang Sampah. Selama perjalanan itu, aku memeriksa tembok kota yang sudah roboh dan pintu-pintu gerbangnya yang telah musnah dimakan api.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 2:13
9 Iomraidhean Croise  

Raja Uzia membina beberapa buah menara di Pintu Gerbang Sudut, Pintu Gerbang Lembah, dan penjuru tembok untuk menguatkan kubu Yerusalem.


Mereka menceritakan bahawa orang bekas buangan yang sudah balik ke tanah air, kini hidup sengsara dan dihina oleh bangsa-bangsa asing yang tinggal di sekitar mereka. Lagipun tembok Yerusalem masih reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya belum diperbaiki sejak dibakar pada masa lampau.


Aku mengumpulkan para pemimpin Yehuda di atas tembok dan menugaskan mereka memimpin dua kumpulan besar untuk berjalan mengelilingi kota itu, sambil menyanyikan lagu kesyukuran kepada Allah. Kumpulan yang pertama berarak ke sebelah kanan di atas tembok itu, ke arah Pintu Gerbang Sampah.


aku tidak memberitahu sesiapa pun akan ilham Allah kepadaku tentang apa yang akan aku lakukan bagi kota Yerusalem. Kemudian, pada waktu tengah malam aku bangun dan keluar bersama-sama beberapa orang teman. Satu-satunya binatang yang aku bawa adalah keldai yang aku tunggangi.


Oleh itu aku turun ke Lembah Kidron dan meneruskan perjalanan, sambil memeriksa tembok kota. Setelah itu aku kembali ke kota mengikut jalan yang sama, yang melalui Pintu Gerbang Lembah.


Tetapi kemudian aku berkata kepada mereka, “Lihatlah keadaan kita yang sengsara ini! Kota Yerusalem tinggal reruntuhan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api. Marilah kita bina semula tembok kota supaya kita tidak dihina lagi.”


lalu menjawab, “Daulat tuanku! Mana mungkin hamba tidak bersedih, apabila kota tempat nenek moyang hamba dikuburkan sedang dalam keadaan reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api?”


Aku akan menghantar musuh untuk merosakkan ladang anggur umat-Ku, tetapi bukan untuk memusnahkannya sama sekali. Aku akan menyuruh musuh memangkas ranting pokok anggur, kerana ranting-ranting itu bukan milik-Ku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan