NEHEMIA 13:5 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible5 Elyasib membenarkan Tobia menggunakan satu bilik besar, yang sebenarnya dikhaskan untuk menyimpan persembahan biji-bijian dan kemenyan, peralatan yang digunakan di Rumah TUHAN, persembahan untuk para imam, persembahan persepuluhan daripada biji-bijian, wain, dan minyak zaitun untuk orang Lewi, para pemuzik di Rumah TUHAN, dan para pengawal Rumah TUHAN. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik Protestant Bible5 Elyasib membenarkan Tobia menggunakan satu bilik besar, yang sebenarnya dikhaskan untuk menyimpan persembahan biji-bijian dan kemenyan, peralatan yang digunakan di Rumah TUHAN, persembahan untuk para imam, persembahan persepuluhan daripada biji-bijian, wain, dan minyak zaitun untuk orang Lewi, para pemuzik di Rumah TUHAN, dan para pengawal Rumah TUHAN. Faic an caibideil |
Kami akan membawa adunan yang dibuat daripada biji-bijian yang mula-mula dituai pada tiap-tiap tahun, dan juga persembahan lain berupa wain, minyak zaitun, serta segala jenis buah-buahan. Semua itu akan kami berikan kepada imam-imam di Rumah TUHAN. Kami akan memberikan persepuluhan kami kepada orang Lewi yang memungut persembahan persepuluhan di tempat-tempat pertanian, iaitu persepuluhan daripada hasil tanaman yang tumbuh di ladang kami.
Pada masa itu, beberapa orang disuruh menjaga stor-stor bekalan di Rumah TUHAN. Bekalan itu termasuk persembahan persepuluhan dan biji-bijian serta buah-buahan yang mula-mula masak pada tiap-tiap tahun. Semua orang itu bertanggungjawab mengumpulkan sumbangan daripada peladang-peladang di sekitar kota untuk para imam dan orang Lewi, sebagaimana yang diperintahkan oleh Taurat. Segenap penduduk Yehuda menghargai para imam dan orang Lewi itu,