Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 13:12 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

12 Kemudian seluruh rakyat Israel mulai lagi membawa persembahan persepuluhan biji-bijian, wain, dan minyak zaitun ke Rumah TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

12 Kemudian seluruh rakyat Israel mulai lagi membawa persembahan persepuluhan biji-bijian, wain, dan minyak zaitun ke Rumah TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 13:12
9 Iomraidhean Croise  

Selain itu, raja juga menyuruh penduduk Yerusalem memberikan persembahan-persembahan yang ditetapkan bagi para imam dan orang Lewi, supaya mereka dapat menumpukan segala perhatian kepada suruhan Taurat TUHAN.


Sebaik sahaja perintah itu diumumkan, umat Israel membawa persembahan gandum yang terbaik, wain, minyak zaitun, madu, dan hasil tanaman yang lain. Mereka juga membawa persepuluhan daripada apa sahaja milik mereka.


Pada masa itu, beberapa orang disuruh menjaga stor-stor bekalan di Rumah TUHAN. Bekalan itu termasuk persembahan persepuluhan dan biji-bijian serta buah-buahan yang mula-mula masak pada tiap-tiap tahun. Semua orang itu bertanggungjawab mengumpulkan sumbangan daripada peladang-peladang di sekitar kota untuk para imam dan orang Lewi, sebagaimana yang diperintahkan oleh Taurat. Segenap penduduk Yehuda menghargai para imam dan orang Lewi itu,


Sepuluh peratus daripada segala hasil tanaman kamu, baik gandum mahupun buah-buahan menjadi milik TUHAN.


Bawalah seluruh persepuluhan kamu ke Rumah-Ku supaya ada banyak makanan di sana. Ujilah Aku, maka kamu akan nampak Aku membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kamu dengan segala yang baik.


Sekarang Aku bertanya kepada kamu, ‘Bolehkah manusia menipu Allah?’ Tentu tidak. Tetapi kamu menipu Aku juga. Kamu bertanya, ‘Bagaimana?’ Aku menjawab, ‘Dalam hal memberikan persepuluhan dan persembahan.’


“Sisihkanlah persembahan persepuluhan, iaitu sepersepuluh daripada segala hasil ladang kamu setiap tahun.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan