Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 12:8 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

8 Orang Lewi: Pemimpin lagu kesyukuran: Yesua, Binui, Kadmiel, Serebya, Yehuda, dan Matanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

8 Orang Lewi: Pemimpin lagu kesyukuran: Yesua, Binui, Kadmiel, Serebya, Yehuda, dan Matanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 12:8
12 Iomraidhean Croise  

Beberapa keluarga daripada orang Lewi bertugas sebagai penyanyi di Rumah TUHAN. Ketua-ketua keluarga mereka tinggal di beberapa buah bangunan di Rumah TUHAN. Mereka tidak diberikan tugas lain kerana mereka bertugas pada siang dan malam hari.


Puak orang Lewi yang kembali dari pembuangan: Yesua dan Kadmiel (keturunan Hodawya) – 74 Para penyanyi di Rumah TUHAN (keturunan Asaf) – 128 Pengawal pintu gerbang Rumah TUHAN (keturunan Salum, Ater, Talmon, Akub, Hatita, dan Sobai) – 139


Oleh itu Yesua anak Yozadak dan beberapa orang imam yang lain, Zerubabel anak Sealtiel dan sanak saudaranya, membina semula mazbah Allah Israel. Dengan demikian mereka dapat membakar korban di atas mazbah itu menurut petunjuk yang tertulis dalam kitab Taurat Musa, hamba Allah.


Matanya anak Mikha, cucu Zabdi, keturunan Asaf. Dialah pemimpin para penyanyi di Rumah TUHAN apabila menyanyikan doa kesyukuran. Bakbukya, iaitu wakil Matanya. Abda anak Samua, cucu Galal, dan keturunan Yedutun.


Pengawas orang Lewi yang tinggal di Yerusalem ialah Uzi anak Bani, cucu Hasabya. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Matanya dan Mikha daripada puak Asaf, iaitu puak yang bertanggungjawab mengurus muzik pada masa ibadat di Rumah TUHAN.


Di bawah pengawasan Hasabya, Serebya, Yesua, Binui, dan Kadmiel, orang Lewi dibahagi menjadi beberapa kumpulan. Setiap kali, ada dua kumpulan yang bertugas memuji Allah dan memberikan syukur kepada-Nya secara berbalas-balasan, menurut peraturan yang diberikan oleh Raja Daud, hamba Allah.


Anggota kumpulan penyanyi yang menyanyikan lagu jawapan: Bakbukya, Uni, dan orang Lewi yang lain.


Berikut ialah keturunan puak Lewi yang kembali dari pembuangan: Yesua dan Kadmiel (keturunan Hodewa) - 74 Pemain muzik di Rumah TUHAN (keturunan Asaf) - 148 Penjaga pintu gerbang di Rumah TUHAN (keturunan Salum, Ater, Talmon, Akub, Hatita, dan Sobai) - 138


Di situ ada pentas yang disediakan untuk orang Lewi. Yesua, Bani, Kadmiel, Sebanya, Buni, Serebya, Bani, dan Kenani berdiri di atas pentas itu. Mereka berdoa kepada TUHAN, Allah mereka dengan suara nyaring.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan