Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 12:1 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

1 Inilah senarai nama para imam dan orang Lewi yang pulang dari pembuangan bersama-sama Zerubabel anak Sealtiel dan Imam Agung Yesua:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

1 Inilah senarai nama para imam dan orang Lewi yang pulang dari pembuangan bersama-sama Zerubabel anak Sealtiel dan Imam Agung Yesua:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 12:1
22 Iomraidhean Croise  

Oleh itu Yesua anak Yozadak dan beberapa orang imam yang lain, Zerubabel anak Sealtiel dan sanak saudaranya, membina semula mazbah Allah Israel. Dengan demikian mereka dapat membakar korban di atas mazbah itu menurut petunjuk yang tertulis dalam kitab Taurat Musa, hamba Allah.


Pada bulan kedua, dalam tahun kedua selepas orang Israel kembali ke Yerusalem, mereka mulai membina semula Rumah TUHAN. Zerubabel, Yesua dan orang sebangsa mereka, para imam dan orang Lewi, pendek kata, semua orang bekas buangan, ikut bekerja. Semua orang Lewi yang berusia 20 tahun ke atas ditugaskan untuk mengawasi pembinaan Rumah TUHAN.


Oleh itu mereka menghadap Zerubabel dan para pemimpin umat itu, lalu berkata, “Benarkanlah kami ikut membina Rumah TUHAN. Kami pun menyembah Allah yang sama dan kami selalu mempersembahkan korban kepada-Nya sejak kami disuruh tinggal di sini oleh Raja Esarhadon, raja negeri Asyur.”


Apabila Zerubabel anak Sealtiel dan Yesua anak Yozadak mendengar perkhabaran nabi-nabi itu, mereka mula lagi membina Rumah TUHAN di Yerusalem. Kedua-dua orang nabi itu pun menolong mereka.


Beberapa kumpulan orang Lewi yang tinggal di kawasan Yehuda disuruh pindah ke kawasan Benyamin dan tinggal bersama-sama penduduk di situ.


Inilah jurai keturunan Imam Agung Yesua: Yesua bapa Yoyakim; Yoyakim bapa Elyasib; Elyasib bapa Yoyada;


Para imam: Seraya, Yeremia, Ezra, Amarya, Malukh, Hatus, Sekhanya, Rehum, Meremot, Ido, Ginetoi, Abia, Miyamin, Maaja, Bilga, Semaya, Yoyarib, Yedaya, Salu, Amok, Hilkia, dan Yedaya. Mereka pemimpin golongan imam pada zaman Yesua.


Pemimpin-pemimpin mereka ialah Zerubabel, Yesua, Nehemia, Azarya, Raamya, Nahamani, Mordekhai, Bilsan, Misperet, Bigwai, Nehum, dan Baana.


Pada tahun kedua pemerintahan Darius sebagai raja Persia, pada hari pertama bulan keenam, TUHAN berfirman melalui Nabi Hagai. Perkhabaran TUHAN itu ditujukan kepada Zerubabel anak Sealtiel, gabenor Yehuda, dan juga kepada Imam Agung Yosua anak Yozadak.


Kemudian Zerubabel dan Yosua serta segenap umat Israel yang sudah kembali dari pembuangan di Babilonia, mentaati kata-kata Nabi Hagai, utusan TUHAN itu. Mereka melakukan apa yang diperintahkan TUHAN kepada mereka, kerana mereka takut akan TUHAN.


Demikianlah TUHAN menggerakkan hati Zerubabel, gabenor Yehuda itu, Imam Agung Yosua, dan semua orang yang sudah kembali dari pembuangan supaya membina Rumah TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah mereka.


TUHAN menyuruh Hagai menyampaikan perkhabaran berikut kepada Zerubabel, gabenor Yehuda itu, Imam Agung Yosua, dan rakyat,


Buatlah sebuah mahkota daripada emas dan perak yang dipersembahkan mereka itu, lalu pasanglah mahkota itu pada kepala Imam Agung Yosua anak Yozadak.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan