Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 1:9 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

9 Tetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan melakukan perintah-Ku, Aku akan membawa kamu balik ke tempat yang sudah Kupilih sebagai tempat Aku disembah, walaupun kamu sudah tercerai-cerai di seluruh muka bumi.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

9 Tetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan melakukan perintah-Ku, Aku akan membawa kamu balik ke tempat yang sudah Kupilih sebagai tempat Aku disembah, walaupun kamu sudah tercerai-cerai di seluruh muka bumi.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 1:9
28 Iomraidhean Croise  

Jika di negeri itu mereka bertaubat dengan tulus dan ikhlas, dan berdoa kepada-Mu sambil menghadap ke arah negeri ini yang telah Engkau berikan kepada nenek moyang kami dan ke arah kota yang telah Engkau pilih, serta Rumah ini yang telah aku bina untuk-Mu,


TUHAN berfirman kepadanya, “Aku telah mendengar doamu. Aku mengekhaskan Rumah yang telah engkau bina ini sebagai tempat beribadat kepada-Ku selama-lamanya. Aku akan sentiasa menjaga dan melindunginya.


Katakanlah kepada-Nya, “Ya Allah, Penyelamat kami, selamatkanlah kami daripada kekuasaan bangsa-bangsa. Kumpulkanlah kami supaya kami dapat bersyukur dan memuji nama-Mu yang suci!”


Semoga Allah yang telah memilih Yerusalem sebagai tempat Dia disembah, membinasakan raja atau bangsa apa sahaja yang melanggar perintah ini serta cuba memusnahkan Rumah TUHAN. Beta, Raja Darius, telah mengeluarkan perintah ini. Jalankanlah perintah ini dengan sebaik-baiknya.”


Selamatkanlah kami, ya TUHAN, Allah kami, dan bawalah kami pulang dari antara bangsa-bangsa, supaya kami dapat bersyukur, dan memuji nama-Mu yang suci.


dan membawa kamu kembali dari negeri-negeri asing, dari timur dan barat, dari utara dan selatan.


TUHAN sedang memulihkan Yerusalem; Dia sedang membawa orang Israel kembali dari pembuangan.


TUHAN akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang.


Pada masa itu, dari Sungai Efrat sampai ke sempadan negeri Mesir, TUHAN akan mengumpulkan umat-Nya seorang demi seorang, seperti orang memisahkan gandum daripada sekam.


TUHAN Raja yang membawa umat-Nya pulang dari pembuangan telah berjanji bahawa Dia juga akan mengumpulkan bangsa lain untuk bergabung dengan mereka yang sudah terkumpul.


Tetapi selepas Aku membuang mereka, Aku akan mengasihani mereka lagi; setiap bangsa akan Kubawa kembali ke negeri mereka sendiri.


Hai umat yang tidak setia, kembalilah kepada-Ku; kamu milik-Ku. Aku akan mengambil kamu, seorang dari setiap kota, dan dua orang daripada setiap puak, lalu Aku akan membawa kamu kembali ke Bukit Sion.


TUHAN berfirman, “Dengarlah hai bangsa-bangsa! Isytiharkanlah perkhabaran-Ku ke seberang laut. Umat-Ku yang telah Kucerai-beraikan akan Kukumpulkan dan Kupelihara seperti gembala menjaga dombanya.


Aku akan mengumpulkan bangsa ini dari semua negeri tempat Aku mencerai-beraikan mereka kerana kemurkaan dan kegeraman-Ku terhadap mereka. Aku akan membawa mereka kembali ke tempat ini dan membolehkan mereka tinggal di sini dengan selamat.


TUHAN berfirman, “Orang akan datang dari suatu negeri di utara; suatu bangsa yang kuat di negeri jauh sedang bersiap untuk berperang.


Oleh itu beritahulah umat Israel bahawa Aku, TUHAN Raja berfirman, ‘Bertaubatlah, dan tinggalkanlah berhala kamu yang menjijikkan itu.’


Aku akan mengumpulkan kamu dari setiap negeri dan daripada setiap bangsa lalu membawa kamu pulang ke negeri kamu sendiri.


Jika kamu hidup menurut hukum-Ku dan taat kepada perintah-Ku,


Aku akan menyelamatkan umat-Ku dari negeri-negeri tempat mereka dibuang,


Trompet akan dibunyikan dengan kuat, dan Anak Manusia akan mengutus malaikat-malaikat-Nya ke empat penjuru bumi untuk mengumpulkan umat pilihan Allah dari hujung bumi ke hujung langit.”


Jika tempat ibadat itu terlalu jauh, maka bila-bila sahaja, kamu boleh menyembelih lembu atau domba yang diberikan oleh TUHAN kepada kamu. Kamu boleh makan daging binatang itu di rumah, seperti yang sudah aku katakan kepada kamu.


Daripada seluruh wilayah semua suku kamu, TUHAN akan memilih satu tempat supaya kamu dapat datang ke hadirat-Nya dan menyembah Dia di situ.


“Aku sudah memberi kamu pilihan antara berkat dan kutuk. Apabila segala perkara ini berlaku kepada kamu, dan kamu tinggal di kalangan bangsa-bangsa tempat kamu dicerai-beraikan TUHAN, Allah kamu, maka kamu akan teringat pada pilihan yang aku berikan kepada kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan