Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 1:4 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

4 Apabila aku mendengar semua itu, aku duduk dan menangis. Selama beberapa hari aku meratap dan tidak makan apa-apa. Aku berdoa kepada Allah,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

4 Apabila aku mendengar semua itu, aku duduk dan menangis. Selama beberapa hari aku meratap dan tidak makan apa-apa. Aku berdoa kepada Allah,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 1:4
22 Iomraidhean Croise  

Raja Daud berdoa kepada Allah bagi kesembuhan anak itu. Raja Daud berpuasa dan setiap malam baginda berbaring di lantai biliknya semalam suntuk.


lalu engkau bertaubat serta merendahkan dirimu di hadapan-Ku. Engkau mengoyakkan pakaianmu serta menangis ketika engkau mendengar ancaman-Ku terhadap Yerusalem dan penduduknya. Aku akan menghukum Yerusalem dengan dahsyat sehingga namanya akan menjadi satu kutukan, tetapi Aku telah mendengar doamu.


Raja Salomo telah membina sebuah pentas daripada gangsa dan meletakkannya di tengah-tengah halaman itu. Ukurannya 2.2 meter persegi, dan tingginya 1.3 meter. Di hadapan semua orang yang hadir, baginda naik ke atas pentas itu lalu berlutut. Kemudian baginda mengangkat kedua-dua tangannya ke langit.)


“Demikianlah titah Raja Kores, raja Persia: TUHAN, Allah penguasa di syurga, telah menjadikan beta raja seluruh dunia. Dia telah memberi beta tugas untuk membina Rumah bagi-Nya di Yerusalem, di negeri Yehuda.


Sambil menangis Ezra bersujud untuk berdoa dan mengaku dosa di hadapan Rumah TUHAN. Sementara itu banyak orang Israel - lelaki, perempuan, dan kanak-kanak - datang berkumpul di sekelilingnya; mereka juga menangis tersedu-sedu.


Apabila saya mendengar hal itu, saya mengoyakkan pakaian kerana sangat berdukacita. Saya mencukur rambut dan janggut, lalu duduk dengan hati yang hancur luluh.


Pada masa korban petang mula dipersembahkan, saya bangun dari tempat saya duduk bersedih hati dengan berpakaian koyak rabak, lalu saya berlutut dan mengangkat tangan kepada TUHAN, Allah saya.


Aku menjawab, “Allah penguasa di syurga akan memberi kami kejayaan. Kami ini hamba-hamba-Nya, dan kami akan memulakan pembinaan. Tetapi kamu tidak mempunyai hak atau milik apa-apa pun di Yerusalem. Bahkan apabila orang bercakap tentang Yerusalem, nama kamu tidak akan disebut-sebut.”


Raja bertanya, “Kalau begitu, apakah keinginanmu?” Aku berdoa dalam hati kepada Allah penguasa di syurga,


Walaupun Sion telah musnah, hamba-hamba-Mu mengasihinya; walaupun Sion telah runtuh, mereka mengasihaninya.


Bersyukurlah kepada Allah penguasa di syurga; kasih-Nya kekal abadi.


Di tepi sungai-sungai di Babilonia kita duduk dan meratap, apabila kita terkenang akan Sion.


Ketika itu aku sedang berkabung selama tiga minggu.


Dia menyuruh mereka berdoa kepada Allah penguasa di syurga agar Dia mengasihani mereka dan menjelaskan rahsia mimpi itu kepada mereka, supaya mereka tidak dibunuh bersama-sama penasihat lain di Babel.


Aku berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Tuhan Allah, memohon belas kasihan-Nya, sambil berpuasa dan memakai kain guni, serta duduk di atas abu.


Yunus menjawab, “Aku orang Ibrani. Aku menyembah TUHAN, Allah di syurga, yang mencipta laut dan darat.”


seperti orang yang sedang berpesta.” TUHAN berfirman, “Aku tidak lagi membiarkan kamu ditimpa bencana; Aku tidak lagi membiarkan kamu dihina.


Bersukacitalah dengan mereka yang bersukacita, dan menangislah dengan mereka yang menangis.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan