Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




NEHEMIA 1:3 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

3 Mereka menceritakan bahawa orang bekas buangan yang sudah balik ke tanah air, kini hidup sengsara dan dihina oleh bangsa-bangsa asing yang tinggal di sekitar mereka. Lagipun tembok Yerusalem masih reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya belum diperbaiki sejak dibakar pada masa lampau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

3 Mereka menceritakan bahawa orang bekas buangan yang sudah balik ke tanah air, kini hidup sengsara dan dihina oleh bangsa-bangsa asing yang tinggal di sekitar mereka. Lagipun tembok Yerusalem masih reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya belum diperbaiki sejak dibakar pada masa lampau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




NEHEMIA 1:3
33 Iomraidhean Croise  

maka Aku akan membuang umat-Ku Israel dari negeri yang telah Aku berikan kepada mereka. Aku juga akan meninggalkan Rumah ini yang telah Kukhaskan sebagai tempat beribadat kepada-Ku. Orang di merata tempat akan mengolok-olok dan menghina umat Israel.


Askar-askarnya merobohkan tembok kota.


Raja itu merobohkan tembok kota Yerusalem dan membakar kota itu, termasuk Rumah TUHAN dan semua istana, bersama-sama barang-barang berharga di dalam istana.


Banyak di kalangan orang buangan meninggalkan Babilonia lalu kembali ke Yehuda dan Yerusalem, masing-masing ke kotanya sendiri. Mereka telah tinggal dalam pembuangan di Babilonia sejak Raja Nebukadnezar membawa mereka ke sana sebagai orang tawanan.


Ingin kami maklumkan kepada tuanku bahawa kami telah pergi ke Yehuda dan mendapati bahawa Rumah Ibadat untuk Allah yang Besar, sedang dibina semula dengan batu-batu besar dan tembok yang dilapisi kayu. Pekerjaan itu dilakukan dengan sangat teliti dan berjalan dengan lancar.


Di pekan-pekan dan kota-kota lain, rakyat Israel, para imam, orang Lewi, para pekerja Rumah TUHAN, dan keturunan hamba-hamba Salomo tinggal di kota dan di tanah masing-masing. Berikut adalah senarai nama orang kenamaan dari wilayah Yehuda yang tinggal di Yerusalem:


Hari masih gelap ketika aku keluar dari kota melalui Pintu Gerbang Lembah di sebelah barat, lalu aku menuju ke arah selatan, melalui Mata Air Naga, ke Pintu Gerbang Sampah. Selama perjalanan itu, aku memeriksa tembok kota yang sudah roboh dan pintu-pintu gerbangnya yang telah musnah dimakan api.


Tetapi kemudian aku berkata kepada mereka, “Lihatlah keadaan kita yang sengsara ini! Kota Yerusalem tinggal reruntuhan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api. Marilah kita bina semula tembok kota supaya kita tidak dihina lagi.”


lalu menjawab, “Daulat tuanku! Mana mungkin hamba tidak bersedih, apabila kota tempat nenek moyang hamba dikuburkan sedang dalam keadaan reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api?”


Banyak di kalangan orang buangan meninggalkan wilayah Babel dan pulang ke Yerusalem dan Yehuda, masing-masing ke kotanya sendiri. Keluarga mereka telah lama hidup dalam buangan di Babilonia, sejak Raja Nebukadnezar membawa mereka ke sana sebagai orang tawanan.


Di Susan, ibu kota Persia, Raja Ahasyweros memerintah 127 buah wilayah, dari India sampai ke Etiopia.


Bangsa-bangsa di sekeliling mengejek kami; mereka mentertawakan serta mengolok-olokkan kami.


Seorang yang tidak dapat mengawal diri bagaikan kota yang tidak berkubu dan mudah diserang musuh.


dan para imam kamu menajiskan tempat kediaman-Ku. Itulah sebabnya Aku membinasakan Israel, Aku membiarkan umat-Ku dihinakan.”


Inilah yang hendak aku lakukan pada ladang anggurku itu: aku akan mencabut pagar di sekelilingnya, merobohkan tembok yang melindunginya, dan membiar binatang liar memakannya dan memijak-mijaknya.


Aku akan mendatangkan bencana kepada mereka sehingga semua bangsa di seluruh dunia takut. Mereka akan diejek, dijadikan bahan tertawaan dan dipermalukan. Di mana sahaja Aku mencerai-beraikan mereka, nama mereka akan digunakan sebagai kutuk.


Aku akan mengejar mereka dengan peperangan, kebuluran, dan wabak sehingga semua bangsa di seluruh dunia ngeri melihat keadaan mereka. Di mana-mana Aku mencerai-beraikan mereka, orang akan ngeri dan takut melihat apa yang telah berlaku kepada mereka. Mereka akan diejek, dan nama mereka digunakan sebagai kutuk.


Sementara itu orang Babilonia membakar istana raja dan rumah-rumah rakyat, serta merobohkan tembok Yerusalem.


TUHAN, Allah Israel berfirman, ‘Sebagaimana kemurkaan dan berang-Ku telah menimpa penduduk Yerusalem, demikian juga berang-Ku akan menimpa kamu jika kamu pergi ke Mesir. Orang akan ngeri melihat kamu; kamu akan dihina, dan nama kamu akan digunakan sebagai kutuk. Kamu tidak akan melihat negeri ini lagi.’ ”


Aku akan menghantar musuh untuk merosakkan ladang anggur umat-Ku, tetapi bukan untuk memusnahkannya sama sekali. Aku akan menyuruh musuh memangkas ranting pokok anggur, kerana ranting-ranting itu bukan milik-Ku.


askar-askarnya merobohkan tembok kota.


Yerusalem teringat akan keagungannya pada masa silam; kini kota itu runtuh dan penuh kesengsaraan. Tiada sesiapa yang menolongnya ketika dia dikalahkan musuh; semua penakluk mentertawakan kejatuhannya.


Pintu-pintu gerbang roboh ditimbun runtuhan, dan palang-palangnya patah. Raja dan para pemimpin kini di negeri pembuangan. Taurat tidak lagi diajarkan, dan para nabi tidak lagi menerima penglihatan daripada TUHAN.


Engkau mendengar mereka menghina aku, ya TUHAN; Engkau tahu akan semua muslihat mereka.


Ingatlah, ya TUHAN, akan apa yang telah berlaku kepada kami. Pandanglah kami, lihatlah kehinaan kami.


Aku akan memusnahkan kota-kota kamu dan juga tempat-tempat pemujaan kamu. Aku tidak akan menerima korban daripada kamu.


Aku akan mendatangkan peperangan di negeri kamu, lalu kamu akan tercerai-cerai di negeri orang. Kota-kota kamu akan hancur dan negeri kamu akan terlantar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan