Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MIKHA 7:4 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

4 Bahkan orang yang terbaik dan paling jujur antara mereka pun seperti rumput yang tidak berguna. Masanya sudah tiba apabila Allah akan menghukum umat ini, sebagaimana Dia memberikan amaran kepada mereka melalui para nabi yang bertugas sebagai penjaga. Keadaan mereka sekarang kacau-bilau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

4 Bahkan orang yang terbaik dan paling jujur antara mereka pun seperti rumput yang tidak berguna. Masanya sudah tiba apabila Allah akan menghukum umat ini, sebagaimana Dia memberikan amaran kepada mereka melalui para nabi yang bertugas sebagai penjaga. Keadaan mereka sekarang kacau-bilau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MIKHA 7:4
16 Iomraidhean Croise  

Apa yang akan kamu lakukan apabila Allah menghukum kamu kelak? Apa yang akan kamu lakukan apabila Dia mendatangkan bencana dari negeri yang jauh? Kepada siapakah kamu akan lari minta pertolongan? Di mana akan kamu sembunyikan kekayaan kamu?


Inilah masa kecemasan, kekalahan, dan kekacauan di Lembah Penglihatan. TUHAN Raja Yang Maha Kuasa telah mendatangkan malapetaka itu. Tembok-tembok kota kita sudah roboh, dan tangisan orang minta tolong bergema di bukit-bukit.


Pokok sipres akan menggantikan semak duri, pokok kemunting menggantikan semak belukar. Kejadian ini sebagai tanda yang kekal, peringatan bahawa Aku, TUHAN, telah melakukannya.”


Berhala-berhala itu tidak berguna dan sepatutnya dihina. Semuanya akan dimusnahkan apabila TUHAN datang untuk menjatuhkan hukuman.


Aku telah menentukan masanya untuk mendatangkan malapetaka kepada penduduk Anatot; apabila masanya tiba, tiada seorang pun akan terselamat.”


Bahkan askar-askar upahannya pun tidak berdaya seperti anak lembu. Mereka tidak dapat bertahan untuk berperang; mereka semua berpaling dan lari. Hari hukuman bagi mereka telah tiba; sudah sampai masa mereka dibinasakan.


Hai umat-Ku, adakah kamu malu kerana telah melakukan semua perbuatan yang keji itu? Tidak, kamu sama sekali tidak tahu malu; kamu sudah tebal muka! Oleh itu, kamu akan jatuh seperti orang lain; riwayat kamu akan tamat apabila Aku menghukum kamu. Aku, TUHAN telah berfirman.


Tetapi engkau, hai manusia fana, janganlah takut kepada mereka atau kepada apa-apa sahaja yang dikatakan mereka. Mereka akan mencabar dan menghina engkau. Engkau akan merasa seperti hidup di tengah-tengah kala jengking. Meskipun demikian, janganlah takut kepada pemberontak itu, atau kepada apa-apa sahaja yang dikatakan mereka.


TUHAN berfirman, “Semua negeri jiran yang pernah menghina Israel tidak lagi merupakan duri atau belukar berduri yang menyakiti Israel. Mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN Raja.”


TUHAN bertanya, “Amos, apakah yang engkau nampak?” Aku menjawab, “Buah-buahan di dalam bakul.” TUHAN berfirman kepadaku, “Kesudahan umat-Ku Israel sudah tiba. Aku tidak akan mengubah fikiran-Ku lagi; Aku akan menghukum mereka.


Kamu pemabuk akan dibakar seperti jerami kering, seperti semak duri yang berbelit-belit.


“Kelak tanda-tanda yang luar biasa akan kelihatan pada matahari, bulan, dan bintang. Semua negeri di seluruh bumi akan putus asa dan takut menghadapi deru dan gelora laut.


Tetapi jika tanah itu mengeluarkan duri dan lalang, maka tanah itu tidak berguna. Tanah itu akan dikutuk oleh Allah dan dimusnahkan oleh api.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan