Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MIKHA 7:2 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

2 Tiada lagi orang jujur di dalam negeri; tiada lagi orang yang setia kepada Allah. Setiap orang menantikan peluangnya untuk membunuh. Setiap orang memburu sesama bangsanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

2 Tiada lagi orang jujur di dalam negeri; tiada lagi orang yang setia kepada Allah. Setiap orang menantikan peluangnya untuk membunuh. Setiap orang memburu sesama bangsanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MIKHA 7:2
29 Iomraidhean Croise  

mereka menunggu di tempat persembunyian seperti singa. Mereka menantikan orang yang tidak berupaya, lalu menangkap dan menyeret mereka dari situ.


Untuk pemimpin koir. Menurut lagu yang kelapan. Mazmur Daud.


Tolonglah kami, ya TUHAN, kerana tidak ada lagi orang yang baik; orang yang jujur tidak dapat dijumpai lagi.


Ya Allah, tunjukkanlah keagungan-Mu di langit, dan kemuliaan-Mu di seluruh bumi!


Seandainya mereka berkata, “Marilah kita mencari orang dan membunuh mereka. Marilah kita menyerang orang yang tidak bersalah sekadar untuk bersuka-suka!


Kata-kata orang jahat dapat membunuh, tetapi kata-kata orang jujur menyelamatkan.


Tiap-tiap orang akan memperdaya orang lain. Orang muda tidak lagi menghormati orang tua, dan orang bawahan tidak lagi menghormati orang atasan.


Apabila orang baik meninggal, tiada sesiapa pun mengerti atau mempedulikannya. Tetapi apabila mereka meninggal, mereka terlepas daripada malapetaka.


Kamu selalu merancangkan sesuatu yang jahat, dan ingin segera melaksanakannya. Kamu tidak ragu-ragu membunuh orang yang tidak bersalah. Ke mana sahaja kamu pergi kamu meninggalkan keruntuhan dan kebinasaan,


Di seluruh negeri itu orang merenggut dan memakan apa-apa sahaja yang dapat dimakan, namun mereka tidak kenyang. Bahkan mereka makan saudara sendiri.


TUHAN berfirman, “Aku akan memanggil banyak nelayan untuk menangkap bangsa ini. Kemudian Aku akan memanggil banyak pemburu untuk memburu mereka di setiap gunung dan bukit, serta di gua-gua bukit batu.


Para pemanah mereka askar yang gagah berani; mereka membunuh tanpa belas kasihan.


Orang jahat tinggal di kalangan umat-Ku. Mereka seperti orang yang menunggui jerat yang dipasang untuk menangkap burung, kerana mereka memasang perangkap untuk menangkap manusia.


Aku telah mendengar baik-baik, tetapi kamu tidak bercakap jujur. Tiada seorang pun antara kamu menyesali perbuatannya yang jahat. Tiada seorang pun yang berkata, ‘Apakah kesalahanku?’ Kamu semua mengikuti jalan sendiri seperti kuda meluru ke medan pertempuran.


Musuh selalu mengawasi kami, sehingga kami tidak dapat keluar ke jalan. Kematian kami sudah dekat, kerana hidup kami sudah berakhir.


Ada orang yang menjadi pembunuh upahan. Ada orang memungut faedah wang daripada sesama orang Israel. Mereka menjadi kaya dengan menipu orang. Mereka sudah melupakan Aku.” TUHAN Raja telah berfirman.


Inilah firman TUHAN Raja, “Malanglah kota yang penuh dengan pembunuh! Keadaannya seperti periuk berkarat yang tidak pernah dibersihkan. Daging yang ada di dalamnya dikeluarkan sepotong demi sepotong, sehingga semuanya habis.


Hai kamu imam-imam, dengarlah! Hai umat Israel, perhatikanlah baik-baik! Hai kamu anggota kerabat diraja, dengarlah! Kamulah yang seharusnya menghakimi dengan adil, tetapi kamu sendiri akan diadili! Kamu telah menjadi seperti perangkap di Mizpa, seperti jaring yang di pasang di Gunung Tabor,


Imam-imam di kota itu seperti sekumpulan perompak yang melakukan serangan hendap terhadap orang yang lalu lalang. Bahkan di jalan yang menuju ke tempat suci di Sikhem pun mereka melakukan pembunuhan. Mereka sengaja melakukan semua perkara yang keji itu.


TUHAN menjawab, “Kamu menyerang umat-Ku seolah-olah mereka musuh. Orang lelaki pulang dari peperangan dan menyangka bahawa mereka selamat di rumah. Tetapi kamu sedang menunggu untuk mencuri jubah yang dipakai mereka.


Kamu membina Yerusalem, kota Allah, berasaskan pembunuhan dan ketidakadilan.


tetapi kamu membenci kebaikan dan mencintai kejahatan. Kamu menguliti umat-Ku hidup-hidup dan mencarik daging mereka daripada tulang.


TUHAN berfirman, “Aku tidak lagi mengasihani sesiapa pun di bumi ini. Aku sendiri akan menyerahkan semua orang ke dalam tangan penguasa mereka. Penguasa-penguasa itu akan memusnahkan bumi, dan Aku tidak akan menyelamatkannya daripada kuasa mereka.”


Orang Yahudi di situ juga turut menuduh Paulus dan mengatakan bahawa semua yang dikatakan oleh Tertulus itu benar.


Sekarang tuanku mengalami sendiri bahawa di dalam gua tadi, TUHAN telah menyerahkan tuanku kepada hamba. Hamba telah disuruh oleh beberapa orang anak buah hamba untuk membunuh tuanku, tetapi hamba menolak. Hamba menjawab bahawa hamba tidak mahu menyakiti raja yang dipilih oleh TUHAN.


Janganlah biarkan hamba mati di negeri orang, jauh daripada TUHAN. Mengapakah raja Israel hendak membunuh hamba yang sehina kutu ini? Mengapakah tuanku mahu memburu hamba seperti orang memburu ayam hutan?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan