Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MIKHA 6:16 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

16 Perkara ini akan berlaku kerana kamu telah mengikut perbuatan jahat Raja Omri, dan puteranya, Raja Ahab. Kamu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh mereka. Oleh itu Aku akan membinasakan kamu, dan semua orang akan menghina kamu. Orang di merata tempat akan membenci kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

16 Perkara ini akan berlaku kerana kamu telah mengikut perbuatan jahat Raja Omri, dan puteranya, Raja Ahab. Kamu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh mereka. Oleh itu Aku akan membinasakan kamu, dan semua orang akan menghina kamu. Orang di merata tempat akan membenci kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MIKHA 6:16
31 Iomraidhean Croise  

Pada masa Izebel membunuh nabi-nabi TUHAN, Obaja menyembunyikan seratus orang nabi di dalam gua. Dia membahagi mereka menjadi dua kumpulan, lima puluh orang sekumpulan. Dia memberikan makanan dan air minum kepada mereka.)


Rumah ini akan menjadi timbunan puing sehingga setiap orang yang lalu di sini akan terperanjat dan tertegun. Mereka akan bertanya, ‘Mengapakah TUHAN berbuat demikian terhadap negeri dan Rumah ini?’


Baginda mengikut perbuatan raja-raja Israel, bahkan baginda mempersembahkan puteranya sendiri sebagai korban kepada dewa-dewa. Baginda mengikut kebiasaan penduduk negeri yang telah diusir oleh TUHAN ketika orang Israel memasuki negeri itu.


Baginda membina semula tempat-tempat pemujaan berhala yang telah dimusnahkan oleh ayahandanya, Raja Hizkia. Raja Manasye membina mazbah untuk menyembah Baal dan membuat patung Dewi Asyera, seperti yang dilakukan Raja Ahab, penguasa Israel. Raja Manasye juga menyembah bintang-bintang.


Raja Ahazia berdosa terhadap TUHAN kerana setelah kemangkatan ayahandanya, beberapa anggota keluarga Raja Ahab menjadi penasihatnya; merekalah yang menyebabkan kejatuhan Raja Ahazia.


Mereka telah menolak Aku, dan telah mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan lain. Perbuatan mereka telah membangkitkan kemurkaan-Ku. Sekarang Aku murka terhadap Yerusalem, dan kemurkaan-Ku tidak akan padam.


Berbahagialah orang yang tidak mengikut nasihat orang jahat, tidak mengikut contoh orang yang berdosa, atau bergaul dengan orang yang menghina Allah,


Engkau menjual umat-Mu dengan harga yang murah, tanpa mendapat keuntungan apa-apa.


Engkau menjadikan kami ejekan jiran kami; mereka mengolok-olokkan dan mentertawakan kami.


TUHAN Raja akan memusnahkan maut selama-lamanya! Dia akan menghapuskan air mata daripada setiap wajah, dan menghilangkan kehinaan yang diderita oleh umat-Nya di seluruh bumi. TUHAN telah berfirman.


Oleh itu, Tuhan tidak akan membenarkan orang muda mereka melepaskan diri. Dia tidak akan menunjukkan belas kasihan terhadap balu dan anak yatim piatu, kerana semua umat itu telah membuang iman dan derhaka. Segala perkataan mereka jahat. Tetapi sekalipun semua itu terjadi, kemurkaan TUHAN masih belum padam; Dia masih hendak menghukum mereka.


Aku akan menimpakan malapetaka yang dahsyat pada kota ini sehingga setiap orang yang lalu di sini akan terpegun dan berasa ngeri.


Yerusalem dan semua kota di Yehuda, bersama dengan raja-raja dan para pemimpin mereka, disuruh minum daripada cawan itu sehingga mereka menjadi seperti gurun yang mengerikan. Nama mereka akan digunakan sebagai kutuk, seperti yang berlaku sampai hari ini.


‘Aku akan memanggil semua bangsa dari utara, dan juga hamba-Ku, Raja Nebukadnezar dari Babilonia. Aku akan mengerahkan mereka supaya memerangi Yehuda dan penduduknya serta memerangi semua bangsa di sekitarnya. Aku akan membinasakan penduduk Yehuda bersama dengan bangsa-bangsa di sekitarnya, dan membiarkan mereka hancur selama-lamanya. Sesiapa yang nampak mereka akan terkejut dan berasa ngeri. Aku, TUHAN, telah berfirman.


Aku akan mengejar mereka dengan peperangan, kebuluran, dan wabak sehingga semua bangsa di seluruh dunia ngeri melihat keadaan mereka. Di mana-mana Aku mencerai-beraikan mereka, orang akan ngeri dan takut melihat apa yang telah berlaku kepada mereka. Mereka akan diejek, dan nama mereka digunakan sebagai kutuk.


Kamu berkata, ‘Kami telah dihina dan dipermalukan; kami tidak berdaya sama sekali kerana orang bangsa asing telah menduduki bilik-bilik suci di Rumah TUHAN.’


Tetapi mereka tidak mahu mendengarkannya dan tidak mahu memperhatikannya. Malah mereka menuruti kehendak hati mereka yang keras dan jahat. Oleh itu mereka menjadi semakin jahat dan tidak menjadi lebih baik.


Ingatlah, ya TUHAN, akan apa yang telah berlaku kepada kami. Pandanglah kami, lihatlah kehinaan kami.


Apabila mereka tinggal lagi di negeri mereka sendiri dengan aman, dan tidak seorang pun yang mengancam mereka, maka mereka akan melupakan hinaan terhadap mereka kerana mengkhianati Aku.


Engkau telah membela kami pada masa dahulu. Oleh itu janganlah murka lagi terhadap Yerusalem. Kota ini kota-Mu, bukit-Mu yang suci. Semua orang dari negeri-negeri jiran menghina Yerusalem dan umat-Mu, kerana dosa kami dan kejahatan yang dilakukan nenek moyang kami.


TUHAN mengutus seorang nabi untuk membebaskan orang Israel daripada perhambaan di Mesir, dan untuk menjaga mereka.


Sekarang Israel ditindas. Dia kehilangan tanah miliknya kerana dia degil dan minta tolong daripada orang yang tidak dapat menolongnya.


Orang berkhutbah kepadaku dan berkata, “Jangan berkhutbah kepada kami. Jangan berkhutbah tentang semua itu. Allah tidak mungkin mempermalukan kita.


Oleh itu Aku sudah mula memukul dan membinasakan kamu kerana dosa kamu.


Tetapi Aku mencela kamu tentang hal ini: Kamu membenarkan Izebel, perempuan yang mengaku dirinya pesuruh Allah mengajar umat-Ku. Dengan ajarannya, dia menyesatkan hamba-hamba-Ku sehingga mereka melakukan perbuatan cabul dan makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan