Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MIKHA 6:1 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

1 Dengarlah perkara yang diajukan oleh TUHAN terhadap Israel. Bangkitlah, ya TUHAN, dan ajukanlah perkara-Mu. Biarlah gunung dan bukit mendengar apa yang hendak Engkau firmankan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

1 Dengarlah perkara yang diajukan oleh TUHAN terhadap Israel. Bangkitlah, ya TUHAN, dan ajukanlah perkara-Mu. Biarlah gunung dan bukit mendengar apa yang hendak Engkau firmankan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MIKHA 6:1
22 Iomraidhean Croise  

Mazmur Asaf. TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa berfirman; Dia berseru kepada seluruh bumi dari timur sampai ke barat.


Dia menyuruh syurga dan bumi menjadi saksi, untuk melihat Dia menghakimi umat-Nya.


TUHAN berfirman, “Hai langit dan bumi, dengarlah firman-Ku! Anak-anak yang Aku besarkan telah memberontak terhadap Aku.


TUHAN sudah bersedia untuk mengemukakan perkara-Nya; Dia telah bersedia untuk menghakimi umat-Nya.


Hai umat Israel, TUHAN telah berfirman! Rendahkanlah hati kamu dan dengarlah firman-Nya.


Wahai negeriku, tanah airku! Dengarlah firman TUHAN,


TUHAN berfirman, “Hai manusia fana, berkatalah kepada pergunungan Israel dan suruhlah pergunungan itu mendengar perkhabaran daripada Aku,


Tetapi pokok-pokok di pergunungan Israel akan berdaun serta berbuah semula bagi kamu, hai Israel, umat-Ku. Tidak lama lagi kamu akan pulang.


Dia berfirman, “Bernubuatlah kepada tulang-tulang itu. Suruhlah tulang-tulang itu mendengar firman TUHAN.


Suruhlah gunung-gunung Israel mendengar firman TUHAN dan memperhatikan perkara yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada gunung, bukit, jurang, dan lembah. Aku akan mengirim pedang untuk memusnahkan tempat-tempat penyembahan berhala.


Hai umat Israel, dengarlah perkhabaran TUHAN tentang segenap bangsa kamu, yang sudah dibawa-Nya keluar dari Mesir. TUHAN berfirman,


Dengarlah, hai semua bangsa; perhatikanlah, hai semua penduduk dunia! TUHAN Raja menjadi saksi untuk menuduh kamu semua. Dengarlah! Dia berfirman dari kediaman-Nya yang suci di syurga.


Gunung-gunung lebur di bawah kaki-Nya seperti lilin dalam api yang menyala; tanah dari gunung menggeluncur ke lembah-lembah seperti air di atas bukit mengalir ke bawah.


Hai gunung-ganang, dasar bumi yang kekal, dengarlah perkara yang diajukan TUHAN! TUHAN mempunyai perkara dengan umat-Nya. Dia akan membawa tuduhan terhadap Israel.


Yesus menjawab, “Percayalah, jika mereka diam, batu-batu ini akan mula berseru.”


“Hai langit dan bumi, dengarlah kata-kataku, dengarlah baik-baik ucapanku.


Pada hari ini aku menyuruh langit dan bumi menjadi saksi terhadap kamu bahawa jika kamu tidak taat kepadaku, kamu akan segera lenyap dari tanah itu. Kamu tidak akan tinggal lama di tanah di seberang Sungai Yordan, yang segera akan kamu duduki. Kamu akan dibinasakan sama sekali.


Sekarang, jangan pergi dahulu. Aku akan menuduh kamu di hadapan TUHAN dengan mengingatkan kamu akan segala perbuatan besar yang dilakukan oleh TUHAN untuk menyelamatkan kamu dan nenek moyang kamu.


Mendengar hal itu Samuel berkata, “Tunggu dulu, dengarlah firman TUHAN yang disampaikan-Nya kepada hamba malam tadi.” “Katakanlah,” jawab Raja Saul.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan