Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MIKHA 5:3 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

3 Apabila penguasa itu tiba, dia akan memerintah rakyatnya dengan kekuatan daripada TUHAN, dan dengan keagungan TUHAN, Allah sendiri. Rakyatnya akan hidup aman kerana semua bangsa di bumi akan mengakui kebesarannya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

3 Apabila penguasa itu tiba, dia akan memerintah rakyatnya dengan kekuatan daripada TUHAN, dan dengan keagungan TUHAN, Allah sendiri. Rakyatnya akan hidup aman kerana semua bangsa di bumi akan mengakui kebesarannya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MIKHA 5:3
31 Iomraidhean Croise  

TUHAN akan meninggalkan Israel, kerana Raja Yerobeam telah berdosa dan menyebabkan umat Israel berdosa.”


Jangan berlaku seperti nenek moyang kamu dan sesama suku kamu orang Israel yang tidak setia kepada TUHAN, Allah mereka. Sebagaimana telah kamu ketahui, Dia menghukum mereka dengan berat.


supaya seluruh dunia mengetahui kehendak-Mu, dan semua bangsa mengetahui penyelamatan-Mu.


Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa-Nya untuk membawa kembali umat-Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia, Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau.


TUHAN berfirman kepadaku, “Tugas yang lebih besar menanti engkau, hai hamba-Ku. Bukan sahaja engkau akan memulihkan kemuliaan umat Israel yang terselamat, tetapi Aku juga akan menjadikan engkau cahaya untuk menerangi bangsa-bangsa supaya seluruh dunia dapat diselamatkan.”


TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku melantik seorang raja yang adil daripada keturunan Daud. Raja itu akan memerintah dengan bijaksana, dan melakukan apa yang adil dan benar di seluruh negeri.


TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku menjadi Allah kepada semua suku Israel, dan mereka akan menjadi umat-Ku.


Aku akan mencari mereka yang hilang, membawa pulang mereka yang sesat, membalut mereka yang luka, dan mengubati mereka yang sakit; tetapi mereka yang gemuk dan kuat akan Kubinasakan, kerana Aku gembala yang melakukan apa yang adil.


Hai Israel, Aku tidak mungkin menolak kamu; Aku tidak mungkin meninggalkan kamu. Mungkinkah Aku membinasakan kamu seperti Adma, atau menghukum kamu seperti Zeboim? Aku tidak sampai hati berbuat demikian. Kasih-Ku bagi kamu terlalu besar.


Aku akan memulangkan ladang anggur yang dimilikinya dahulu dan menjadikan Lembah Kesusahan suatu pintu harapan. Di sana dia akan menyambut Aku seperti pada masa mudanya, apabila dia baru keluar dari Mesir.


Aku akan menanggalkan pakaiannya di hadapan kekasih-kekasihnya dan tidak seorang pun dapat menyelamatkan dia daripada kuasa-Ku.


Bencilah kejahatan, cintailah kebaikan, dan tegakkanlah keadilan di mahkamah. Mungkin TUHAN akan mengasihani orang Israel yang masih hidup.


Semua orang akan hidup aman di ladang anggur dan kebun ara mereka; tiada sesiapa pun akan menakutkan mereka. Perkara itulah yang dijanjikan TUHAN Yang Maha Kuasa.


Mereka lumpuh dan jauh dari rumah, tetapi Aku akan memberikan peluang baru bagi mereka yang masih hidup, lalu mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memerintah mereka dari Bukit Sion mulai dari saat itu hingga selama-lamanya.”


Mereka yang masih hidup antara bangsa-bangsa lain akan menjadi seperti singa yang sedang mencari makanan di hutan atau di padang rumput; singa masuk ke tengah-tengah kawanan domba, menerkam serta mencabik-cabikkan domba; tiada sesiapa pun dapat menyelamatkan domba-domba itu.


Israel akan mengalahkan musuhnya dan membinasakan mereka semua.


Kamu akan makan, tetapi tidak kenyang; sebaliknya kamu akan tetap lapar. Kamu akan merampas barang, tetapi kamu tidak akan dapat menyimpannya. Segala sesuatu yang kamu simpan akan Aku musnahkan dalam peperangan.


Tetapi bumi akan menjadi tandus kerana kejahatan penduduknya.


Aku akan menguatkan penduduk Yehuda; Aku akan menyelamatkan penduduk Israel. Aku akan mengasihani mereka dan membawa mereka semua pulang. Aku akan memperlakukan mereka seolah-olah mereka tidak pernah Aku tolak. Akulah TUHAN, Allah mereka; Aku akan mengabulkan doa mereka.


Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan Yesus, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.”


Sesiapa melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga, orang itu saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku.”


Raja itu akan menjawab, ‘Ketahuilah, manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku!’


Mereka yang sudah dipilih oleh Allah, juga telah ditetapkan-Nya dari dahulu supaya menjadi seperti Anak-Nya, Yesus Kristus. Dengan demikian Anak itu menjadi yang pertama antara banyak saudara.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan