Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MIKHA 4:4 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

4 Semua orang akan hidup aman di ladang anggur dan kebun ara mereka; tiada sesiapa pun akan menakutkan mereka. Perkara itulah yang dijanjikan TUHAN Yang Maha Kuasa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

4 Semua orang akan hidup aman di ladang anggur dan kebun ara mereka; tiada sesiapa pun akan menakutkan mereka. Perkara itulah yang dijanjikan TUHAN Yang Maha Kuasa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MIKHA 4:4
25 Iomraidhean Croise  

Selama hayat Raja Salomo, penduduk di seluruh Yehuda dan Israel hidup dengan tenteram, tiap-tiap keluarga mempunyai ladang anggur dan kebun ara.


TUHAN telah berjanji kepada Raja Daud, ayahanda beta. Firman-Nya, ‘Puteramu yang akan Kulantik menjadi raja untuk menggantikan engkau akan membina Rumah untuk-Ku.’ Oleh itu beta telah membuat keputusan untuk membina Rumah tempat menyembah TUHAN, Allah beta.


Engkau tidak akan takut terhadap musuh; banyak orang akan minta tolong kepadamu.


Semoga negeri ini menikmati kemakmuran, dan mengalami keadilan.


Kamu tidak usah khuatir akan bencana yang datang dengan tiba-tiba, seperti bencana angin ribut yang menimpa orang jahat.


Tetapi jika kamu melawan Aku, kamu pasti mati. Aku, TUHAN telah berfirman.”


Kota-kota di negeri Siria akan ditinggalkan selama-lamanya. Lembu dan domba akan berkeliaran di sana dan tidak dihalau oleh sesiapa pun.


Pada waktu itu pasak penyangkut yang telah dipasang kuat-kuat itu akan terlepas dan jatuh. Maka itulah kesudahan segala sesuatu yang bergantung kepadanya.” TUHAN telah berfirman.


Ya TUHAN, Engkau menghukum umat-Mu, dan dalam kesengsaraan, mereka berseru kepada-Mu.


Negeri itu akan menjadi aman dan tenteram selama-lamanya kerana tiap-tiap orang melakukan apa yang benar.


Jangan dengarkan Raja Hizkia. Raja Asyur memerintahkan kamu supaya keluar dari kota dan menyerah diri. Kamu semua akan dibenarkan makan buah anggur dari pokok anggur kamu sendiri, dan buah ara dari pokok ara kamu sendiri, dan minum air dari perigi kamu sendiri,


Lalu keagungan TUHAN akan dinyatakan, dan segenap umat manusia akan menyaksikannya. TUHAN sendiri telah menjanjikannya.”


Keadilan akan menguatkan kamu. Kamu akan terhindar daripada penindasan dan kengerian.


maka kamu akan berbahagia kerana mengabdi kepada-Ku. Aku akan menyebabkan kamu dihormati di seluruh dunia, dan kamu akan menikmati hasil negeri yang Aku berikan kepada nenek moyang kamu, Yakub. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Aku akan melantik penguasa untuk menjaga mereka. Umat-Ku tidak akan takut atau gentar lagi; Aku tidak akan menghukum mereka lagi. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Hai umat-Ku, jangan takut! Hai umat Israel, jangan gentar! Aku akan menyelamatkan kamu dari negeri yang jauh, dari negeri tempat kamu ditawan oleh musuh. Kamu akan pulang ke negeri kamu dan hidup dengan aman. Kamu akan selamat, dan tiada orang akan menakutkan kamu.


Aku akan membuat perjanjian dengan mereka yang menjamin keselamatan mereka. Aku akan mengusir semua binatang buas dari negeri itu, supaya domba-domba-Ku dapat hidup dengan aman di padang dan tidur di hutan.


Bangsa-bangsa yang tidak mengenal Aku tidak akan menjarah umat-Ku lagi, dan binatang buas pun tidak akan membunuh dan memakan mereka. Mereka akan hidup dengan aman, dan tiada sesiapa pun akan menakutkan mereka.


Engkau bertekad untuk menyerang satu negeri yang tidak mempunyai pertahanan, negeri yang penduduknya hidup dengan aman dan tenteram di kota-kota yang tidak bertembok dan tidak mempunyai alat-alat pertahanan.


Apabila mereka tinggal lagi di negeri mereka sendiri dengan aman, dan tidak seorang pun yang mengancam mereka, maka mereka akan melupakan hinaan terhadap mereka kerana mengkhianati Aku.


Aku akan mendatangkan keamanan di negeri kamu sehingga kamu dapat tidur tanpa berasa takut terhadap sesiapa pun. Aku akan melenyapkan binatang buas di negeri itu, dan peperangan pun tidak akan ada lagi.


Apabila penguasa itu tiba, dia akan memerintah rakyatnya dengan kekuatan daripada TUHAN, dan dengan keagungan TUHAN, Allah sendiri. Rakyatnya akan hidup aman kerana semua bangsa di bumi akan mengakui kebesarannya,


Orang Israel yang terselamat tidak akan berbuat jahat kepada sesiapa pun; mereka tidak akan berdusta dan tidak menipu. Mereka akan makmur dan aman; mereka tidak akan takut kepada sesiapa pun.”


Apabila hari itu tiba, setiap orang akan menjemput jirannya datang dan menikmati kedamaian dan keamanan di tengah-tengah ladang anggur dan pokok ara kamu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan