Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MIKHA 2:4 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

4 Pada masa itu kelak, orang akan menggunakan kisah tentang kamu sebagai bahan sindiran. Mereka akan menyanyikan lagu perkabungan ini: Kami sudah hancur sama sekali! TUHAN telah mengambil negeri kami lalu memberikannya kepada orang yang menawan kami.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

4 Pada masa itu kelak, orang akan menggunakan kisah tentang kamu sebagai bahan sindiran. Mereka akan menyanyikan lagu perkabungan ini: Kami sudah hancur sama sekali! TUHAN telah mengambil negeri kami lalu memberikannya kepada orang yang menawan kami.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MIKHA 2:4
35 Iomraidhean Croise  

Kemudian Daud meratapi Raja Saul dan puteranya, Yonatan.


Nabi Yeremia mengarang sebuah lagu ratapan bagi Raja Yosia. Di Israel sampai sekarang, lagu itu dinyanyikan oleh para penyanyi, baik lelaki mahupun perempuan, dalam peringatan perkabungan untuk Raja Yosia. Lagu itu dimasukkan dalam kumpulan lagu ratapan.


Apabila TUHAN melakukan hal itu, mereka akan mengejek raja Babilonia begini, “Raja yang kejam sudah jatuh! Dia tidak dapat menindas sesiapa pun lagi!


Bumi akan hancur dan musnah. TUHAN telah berfirman dan hal itu pasti berlaku.


Aku bertanya, “Sampai bilakah hal ini akan berlangsung, ya Tuhan?” Dia menjawab, “Sehingga kota-kota runtuh dan musnah tanpa penghuni, rumah-rumah tidak didiami lagi dan tanah menjadi kosong serta tandus.


Apabila aku pergi ke padang, aku nampak mayat mangsa perang. Apabila aku pergi ke kota, aku nampak orang hampir mati kelaparan. Nabi dan imam menjalankan kewajipan tanpa mengerti apa yang dilakukan.”


Lihatlah musuh muncul seperti awan. Kereta kudanya seperti puting beliung, dan kudanya lebih pantas daripada burung helang. Kita ditimpa malang! Kita binasa!


Rumah mereka akan diberikan kepada orang lain, begitu juga ladang dan isteri mereka. Aku akan menghukum penduduk negeri ini.


Oleh itu, Aku akan memberikan ladang mereka kepada pemilik yang baru, dan isteri mereka kepada orang lain. Semua orang yang besar mahupun yang kecil, mencari keuntungan dengan cara tidak jujur. Bahkan nabi dan imam pun menipu orang.


Aku, Yeremia, berkata, “Aku akan meratapi gunung-gunung dan menangisi padang rumput, kerana semuanya sudah kering dan tidak dilalui orang. Bunyi ternakan tidak kedengaran lagi; burung serta binatang liar sudah lari dan pergi.”


Aku akan mencerai-beraikan mereka antara bangsa-bangsa yang tidak dikenal oleh mereka atau nenek moyang mereka. Aku akan mengirim tentera untuk menyerang mereka sampai Aku membinasakan mereka sama sekali.”


TUHAN berfirman, “Orang akan menggunakan pepatah ini terhadap dirimu, hai Yerusalem: ‘Seperti ibunya, begitu juga anaknya.’


Lalu gulungan naskhah itu dibuka dan aku melihat tulisan pada kedua-dua belahnya - tulisan yang mengandungi ratapan, keluh-kesah, dan rintihan.


Hai imam-imam yang bertugas di mazbah, pakailah kain guni dan menangislah. Masuklah ke dalam Rumah TUHAN dan merataplah semalam suntuk. Tiada lagi gandum dan wain untuk dipersembahkan kepada Allah kamu.


Hai semua orang, menangislah, seperti gadis yang meratapi kematian tunangannya.


Dengarlah, hai umat Israel! Aku hendak menyanyikan lagu perkabungan untuk kamu:


Orang akan meratap di semua ladang anggur kerana Aku datang untuk menghukum kamu.” Demikianlah firman TUHAN.


Hai penduduk Maresya, TUHAN akan menyerahkan kamu kepada musuh yang merebut kota kamu. Para pemimpin Israel yang kenamaan akan bersembunyi di dalam gua di Adulam.


Kemudian Mikha berkata, “Oleh itu aku akan berkabung dan meratap. Untuk menunjukkan kesedihanku, aku akan berjalan tanpa pakaian dan tanpa kasut. Aku akan melolong seperti serigala dan meraung seperti burung unta.


Bangunlah dan pergilah dari sini. Tiada lagi tempat yang selamat di sini. Dosa kamu telah mendatangkan malapetaka yang dahsyat ke tempat ini.


Penakluk akan dicemuh dan dihina oleh orang yang ditakluk. Mereka akan berkata, “Malanglah kamu kerana mengambil barang yang bukan milik kamu! Berapa lama lagi kamu memperkaya diri dengan memaksa orang yang berhutang kepada kamu untuk membayar hutang?”


TUHAN berfirman, “Aku akan memusnahkan segala sesuatu di bumi:


lalu Bileam mengucapkan nubuat ini, “Hai Raja Balak anak Zipor, dengarlah kata hamba.


Kemudian Bileam mengucapkan nubuat ini, “Raja Balak, penguasa Moab sudah membawa hamba dari Siria, dari pergunungan di sebelah timur. ‘Marilah,’ titahnya, ‘berucaplah bagi beta, kutuklah umat Israel.’


Kemudian Bileam mengucapkan nubuat ini, “Inilah perkhabaran Bileam anak Beor, ucapan seorang yang melihat dengan jelas,


lalu dia mengucapkan nubuat ini, “Inilah perkhabaran Bileam anak Beor, ucapan seorang yang melihat dengan jelas,


Para pemimpin Yahudi itu berusaha untuk menangkap Yesus, kerana mereka tahu bahawa Yesus menujukan perumpamaan itu kepada mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai. Oleh itu mereka meninggalkan Yesus.


Pada siang hari, kamu akan meraba-raba seperti orang buta, dan kamu tidak dapat mencari jalan. Apa pun yang kamu buat, kamu tidak akan berjaya. Kamu akan sentiasa ditindas dan dirompak, dan tiada seorang pun akan menolong kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan