Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MIKHA 2:13 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

13 Allah akan membuka jalan bagi mereka dan membawa mereka keluar dari pembuangan. Mereka akan merempuh keluar dari pintu gerbang kota dan membebaskan diri. TUHAN sendiri, yang menjadi raja mereka akan memimpin mereka keluar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

13 Allah akan membuka jalan bagi mereka dan membawa mereka keluar dari pembuangan. Mereka akan merempuh keluar dari pintu gerbang kota dan membebaskan diri. TUHAN sendiri, yang menjadi raja mereka akan memimpin mereka keluar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MIKHA 2:13
36 Iomraidhean Croise  

Malaikat Allah yang berada di hadapan tentera Israel berpindah ke belakang. Tiang awan yang berada di hadapan mereka juga berpindah


Engkau akan mencelikkan mata orang buta, dan membebaskan orang dari penjara yang gelap.


TUHAN berfirman, “Akulah yang menghibur kamu. Mengapakah kamu takut terhadap manusia fana? Manusia seperti rumput yang cepat layu.


Kamu tidak akan pergi tergesa-gesa seperti orang yang melarikan diri. TUHAN akan memimpin kamu, Allah Israel akan melindungi kamu dari setiap penjuru.


Aku menjadikan dia seorang pemimpin dan panglima bangsa-bangsa, dan melalui dia, Aku menunjukkan kuasa-Ku kepada mereka.


Pada masa pemerintahan penguasa-penguasa itu, Allah penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain, lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.


Orang Yehuda dan orang Israel akan dipersatukan semula. Mereka akan melantik seorang pemimpin bagi bangsa mereka; sekali lagi mereka akan menjadi maju dan makmur di negeri mereka. Sesungguhnya hari Yizreel akan menjadi hari besar!


Aku tidak akan menyelamatkan umat ini dari dunia orang mati atau daripada kuasa maut. Hai maut, datangkanlah wabak! Hai dunia orang mati, datangkanlah kebinasaan! Aku tidak mengasihani umat ini lagi.


Jika dia tetap berbuat demikian, Aku akan melucutkan segala pakaiannya sehingga dia telanjang seperti masa dia dilahirkan. Aku akan menjadikan dia seperti tanah yang tandus dan gersang, lalu dia akan mati kehausan.


Tetapi masanya akan tiba apabila umat Israel akan kembali kepada TUHAN, Allah mereka, dan kepada seorang daripada keturunan Raja Daud, raja mereka. Lalu mereka akan takut dan hormat kepada TUHAN, serta menerima pemberian-pemberian-Nya yang baik.


Tetapi Aku akan mengumpulkan kamu semua, hai umat-Ku Israel yang masih hidup. Aku akan mengumpulkan kamu bagaikan domba-domba yang pulang ke kandang. Umpama padang rumput yang penuh dengan domba, sekali lagi negeri kamu akan penuh dengan orang.”


Dengarlah, hai para penguasa Israel! Kamu seharusnya mengambil berat tentang keadilan,


Mereka lumpuh dan jauh dari rumah, tetapi Aku akan memberikan peluang baru bagi mereka yang masih hidup, lalu mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memerintah mereka dari Bukit Sion mulai dari saat itu hingga selama-lamanya.”


Aku akan menguatkan umat-Ku; mereka akan beribadat dan taat kepada-Ku.” TUHAN telah berfirman.


Yesus telah masuk ke situ lebih dahulu daripada kita, dan Dia menjadi Imam Agung yang kekal seperti Imam Melkisedek.


Kemudian Yosua menyuruh imam-imam mengangkat Tabut Perjanjian dan berjalan mendahului umat Israel. Imam-imam itu pun berbuat demikian.


Mereka akan berperang melawan Anak Domba. Tetapi Anak Domba itu dengan para pengikut-Nya yang setia, yang telah dipanggil dan dipilih oleh-Nya akan mengalahkan mereka. Dialah Tuhan Yang Agung dan Raja Yang Terutama.”


Hal itu demikian kerana Anak Domba yang di tengah-tengah takhta itu akan menggembalakan mereka, dan Dia akan memimpin mereka ke sumber air yang memberikan hidup. Allah akan menyapu air mata mereka.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan