Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MIKHA 2:1 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

1 Alangkah malangnya orang yang merancang kejahatan sementara berbaring di tempat tidur pada waktu malam. Apabila fajar menyingsing mereka melaksanakan rancangan jahat itu kerana mereka dapat berbuat demikian.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

1 Alangkah malangnya orang yang merancang kejahatan sementara berbaring di tempat tidur pada waktu malam. Apabila fajar menyingsing mereka melaksanakan rancangan jahat itu kerana mereka dapat berbuat demikian.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MIKHA 2:1
40 Iomraidhean Croise  

Aku berkuasa untuk berbuat jahat terhadapmu, tetapi malam tadi Allah yang disembah bapamu, memberikan amaran kepadaku supaya tidak sekali-kali mengancam kamu.


Izebel berkata, “Bukankah tuanku raja? Bangunlah, bersukacitalah dan makanlah. Hamba akan mendapatkan ladang anggur Nabot bagi tuanku!”


Kemudian Haman memberitahu raja, katanya, “Tuanku, ada satu bangsa yang terselerak di setiap wilayah di seluruh kerajaan tuanku. Mereka mempunyai adat istiadat yang berlainan sekali dengan adat istiadat bangsa lain. Lagipun mereka tidak patuh kepada undang-undang kerajaan. Oleh itu, sebaiknya tuanku jangan biarkan mereka berbuat sesuka hati.


Setelah mendengar hal itu, isterinya dan semua sahabatnya berkata, “Dirikanlah sebuah tiang penggantungan setinggi 22 meter, dan pagi-pagi esok mintalah supaya raja menjatuhkan hukuman gantung kepada Mordekhai. Kemudian kamu dapat menghadiri jamuan itu dengan hati yang lega.” Haman berpendapat bahawa cadangan itu baik. Oleh itu dia menyuruh orang membina tiang penggantungan itu.


Tetapi Ester menghadap raja, dan raja mengeluarkan titah bertulis, sehingga Haman menanggung akibat komplotnya terhadap orang Yahudi. Dia dan anak-anak lelakinya digantung pada tiang penggantungan.


Itulah orang yang merancang serta melakukan kejahatan; hati mereka sentiasa penuh dengan penipuan.”


Pada waktu subuh, pembunuh keluar membunuh orang miskin; dan pada waktu malam, mereka keluar mencuri.


Kata-kata mereka penuh dengan kejahatan dan dusta, mereka tidak lagi melakukan yang baik dan bijaksana.


Mereka merancang kejahatan ketika berbaring di katil; tiada perbuatan mereka yang baik, dan mereka tidak pernah menolak apa-apa yang jahat.


Tidak! Kamu hanya memikirkan kejahatan, dan di negeri ini kamu melakukan keganasan.


TUHAN berkenan kepada orang baik, tetapi Dia menghukum orang yang merancang kejahatan.


Orang yang berbuat baik akan dipercayai dan dihormati, tetapi orang yang berbuat jahat melakukan kesalahan.


Seboleh-bolehnya, buatlah kebajikan kepada orang yang memerlukannya.


Orang jahat tidak dapat tidur sebelum melakukan kejahatan. Mereka tidak mengantuk sebelum mencelakakan orang lain.


Itulah kesudahan mereka yang menindas orang serta menghina Allah. Tiap-tiap orang berdosa akan dibinasakan.


TUHAN akan mengadili ketua dan pemimpin umat-Nya. Inilah tuduhan-Nya terhadap mereka, “Kamu telah merampas hasil ladang anggur dan rumah kamu penuh dengan barang yang kamu rampas daripada orang miskin.


Penipu memikirkan dan melakukan yang jahat. Mereka mencari akal untuk menipu orang miskin dengan kata-kata dusta, dan mencegah orang miskin mendapat hak mereka.


Malanglah kamu! Kamu membeli rumah dan ladang untuk menambah milik kamu. Tidak lama lagi habislah tempat tinggal bagi orang lain. Kamu sahaja yang akan menduduki negeri itu.


Kamu telah berdosa kerana berdusta, berlaku curang, membunuh, dan berlaku ganas.


Kemudian orang berkata, “Marilah kita berpakat melawan Yeremia. Imam yang dapat memberikan ajaran, orang bijaksana yang dapat memberikan nasihat, dan nabi yang dapat menyampaikan perkhabaran Allah akan selalu ada. Marilah kita mengemukakan tuduhan terhadap Yeremia, dan berhenti mendengarkan kata-katanya!”


Allah berfirman kepadaku, “Hai manusia fana, inilah orang yang merancang kejahatan dan memberikan nasihat yang menyesatkan, di kota ini.


Kamu berharap kepada pedang kamu. Perbuatan kamu menjijikkan. Kamu semua berzina. Mana boleh kamu berfikir tanah itu milik kamu?


TUHAN Raja berfirman kepada Gog, “Pada masa itu, engkau akan membuat rancangan jahat.


Penguasa itu tidak boleh merampas tanah pusaka rakyatnya. Tanah yang diberikannya kepada anak-anak lelakinya mesti tanahnya sendiri yang telah ditentukan baginya, supaya dia tidak menindas sesiapa pun umat-Ku dengan merampas tanah mereka.”


Orang kaya di kalangan kamu menindas orang miskin; kamu semua pendusta.


Daripadamu, hai Niniwe, sudah muncul seorang yang penuh dengan rancangan jahat. Dia membuat rancangan untuk melawan TUHAN.


Jangan tindas balu, anak yatim piatu, orang asing yang menetap di tengah-tengah kamu, atau sesiapa sahaja yang dalam keadaan susah. Jangan rancangkan perkara yang jahat terhadap sesama kamu.’


Pada pagi-pagi sekali, para ketua imam, pemimpin masyarakat Yahudi, guru Taurat, dan anggota-anggota lain daripada Majlis Agama bermesyuarat untuk membuat beberapa rancangan. Mereka mengikat Yesus, lalu membawa Dia pergi untuk diserahkan kepada Pilatus.


Semua guru Taurat dan ketua imam di situ cuba menangkap Yesus pada saat itu juga, kerana mereka tahu bahawa perumpamaan itu ditujukan kepada mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai.


Yesus menjawab, “Kamu sama sekali tidak berkuasa atas diri-Ku kecuali Allah memberikan kuasa itu kepadamu. Oleh itu orang yang menyerahkan Aku kepadamu, dosanya lebih besar daripada dosamu.”


Pagi-pagi keesokan harinya, beberapa orang Yahudi berkumpul untuk merancangkan suatu pakatan. Mereka bersumpah tidak akan makan atau minum sehingga mereka membunuh Paulus.


Oleh itu saudara-saudara dan anggota-anggota Majlis Agama hendaklah mengirim sepucuk surat kepada komandan Roma, untuk meminta dia membawa Paulus datang menghadap saudara semua, seolah-olah hendak memeriksa perkaranya lagi dengan lebih teliti. Kami akan bersiap-siap untuk membunuh dia sebelum dia sampai ke sini.”


memburukkan nama orang lain; mereka sombong dan biadab, yang membenci Allah dan bercakap besar. Mereka memikirkan cara-cara baru untuk melakukan kejahatan. Mereka melawan ibu bapa,


Di depan mata kamu, anak-anak kamu, baik lelaki mahupun perempuan, akan diberikan sebagai hamba kepada orang bangsa asing. Tiap-tiap hari, mata kamu pedih mencari anak-anak kamu, tetapi usaha kamu itu sia-sia, kerana mereka tidak akan kembali.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan