Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MIKHA 1:1 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

1 Pada zaman pemerintahan Raja Yotam, Raja Ahas, dan Raja Hizkia sebagai raja-raja Yehuda, TUHAN memberikan perkhabaran ini kepada Mikha, yang berasal dari kota Moresyet. TUHAN menunjukkan perkara-perkara tentang Samaria dan Yerusalem kepada Mikha.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

1 Pada zaman pemerintahan Raja Yotam, Raja Ahas, dan Raja Hizkia sebagai raja-raja Yehuda, TUHAN memberikan perkhabaran ini kepada Mikha, yang berasal dari kota Moresyet. TUHAN menunjukkan perkara-perkara tentang Samaria dan Yerusalem kepada Mikha.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MIKHA 1:1
27 Iomraidhean Croise  

Pada tahun kedua pemerintahan Raja Pekah anak Remalya sebagai raja di Israel, Raja Yotam putera Raja Uzia menjadi raja di Yehuda.


TUHAN menyebabkan Raja Uzia menghidap penyakit kulit yang mengerikan seumur hidupnya. Baginda tinggal seorang diri di rumah yang terasing dan dibebaskan daripada segala tugas. Yotam, puteranya memerintah rakyat sebagai wakil baginda.


Pada tahun ketujuh belas pemerintahan Raja Pekah anak Remalya di Israel, Raja Ahas putera Raja Yotam menjadi raja di Yehuda.


Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Hosea anak Ela sebagai raja Israel, Hizkia, putera Raja Ahas menjadi raja di Yehuda.


Raja Ahas menjadi raja ketika baginda berusia dua puluh tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama enam belas tahun. Baginda tidak mengikut teladan baik nenek moyangnya, Raja Daud. Sebaliknya, Raja Ahas melakukan apa yang tidak diperkenankan TUHAN,


Raja Hizkia menjadi raja Yehuda ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama dua puluh sembilan tahun. Bondanya ialah Abia anak Zakharia.


Kitab ini mengandungi perkhabaran tentang Yehuda dan Yerusalem yang dinyatakan oleh Allah kepada Yesaya anak Amos pada masa pemerintahan Raja Uzia, Raja Yotam, Raja Ahas, dan Raja Hizkia, iaitu raja-raja Yehuda.


TUHAN berfirman, “Hai langit dan bumi, dengarlah firman-Ku! Anak-anak yang Aku besarkan telah memberontak terhadap Aku.


Raja Ahas ialah putera Raja Yotam dan cucu Raja Uzia. Pada masa Raja Ahas memerintah Yehuda, peperangan berlaku. Raja Rezin, raja negeri Siria, dan Raja Pekah anak Remalya, iaitu raja Israel, menyerang Yerusalem tetapi mereka tidak berjaya menawan kota itu.


Israel tidak lebih kuat daripada Samaria, ibu kotanya, dan Samaria pun tidak lebih kuat daripada Raja Pekah. Jika kamu tidak sungguh-sungguh percaya kepada-Ku, pasti kamu akan jatuh.”


“Ketika Raja Hizkia menjadi raja Yehuda, Nabi Mikha dari Moresyet memberitahu rakyat firman TUHAN Yang Maha Kuasa, ‘Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan runtuhan, dan bukit Rumah TUHAN akan menjadi hutan.’


Inilah perkhabaran yang diberikan TUHAN kepada Hosea anak Beeri pada masa Raja Uzia, Raja Yotam, Raja Ahas, dan Raja Hizkia menjadi raja di Yehuda, dan Raja Yerobeam putera Raja Yehoas menjadi raja di Israel.


Meskipun kamu, umat Israel tidak setia kepada-Ku, jangan pula kamu, Yehuda berbuat demikian. Jangan beribadat di Gilgal, atau di Betel. Jangan buat janji-janji di sana demi nama TUHAN yang hidup.


Orang Israel mendirikan istana-istana, tetapi mereka lupa akan Pencipta mereka. Orang Yehuda mendirikan kota-kota berkubu, tetapi Aku akan menurunkan api untuk membakar habis kota dan istana mereka.”


Inilah kata-kata Amos, seorang gembala domba dari kota Tekoa. Dua tahun sebelum gempa bumi berlaku, ketika negeri Yehuda diperintah oleh Raja Uzia dan Israel diperintah oleh Raja Yerobeam putera Raja Yehoas, Allah menyatakan perkara-perkara tentang Israel kepada Amos.


Alangkah malangnya kamu yang hidup bersenang-senang di Sion, dan kamu yang berasa aman di Samaria. Kamulah orang kenamaan daripada Israel, bangsa yang agung; kamulah yang didatangi rakyat untuk meminta pertolongan.


Segala perkara itu akan berlaku kerana umat Israel sudah berdosa dan memberontak terhadap Allah. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap pemberontakan Israel? Samaria, ibu kotanya sendiri! Siapakah yang bertanggungjawab terhadap penyembahan berhala di Yehuda? Yerusalem!


Dengarlah kata-kataku, hai para penguasa Israel, kamu yang membenci keadilan dan yang mengubah kebenaran menjadi kesalahan.


Inilah perkhabaran yang dinyatakan oleh TUHAN kepada Nabi Habakuk.


Hal itu demikian kerana tidak ada nubuat yang disampaikan oleh para nabi, berasal daripada kehendak manusia. Tetapi Roh Allah menguasai orang semasa mereka menyampaikan perkhabaran yang datang daripada Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan