Selepas itu Yoyada membawa Yoas keluar, lalu mengenakan mahkota pada kepala Yoas dan memberi dia sebuah salinan hukum tentang pemerintahan raja. Kemudian Yoas dilantik sebagai raja dan hal itu diumumkan kepada rakyat. Rakyat bertepuk tangan sambil berseru, “Daulat tuanku!”
Selepas itu tentera Yehuda berteriak dengan kuat, dan di bawah pimpinan Raja Abia, mereka melancarkan serangan. Allah mengalahkan Raja Yerobeam dan tentera Israel.
Selamatkanlah kami, ya TUHAN, Allah kami, dan bawalah kami pulang dari antara bangsa-bangsa, supaya kami dapat bersyukur, dan memuji nama-Mu yang suci.
Kamu akan meninggalkan Babel dengan sukacita, kamu akan dipimpin keluar dari kota itu dengan kedamaian. Gunung dan bukit akan bernyanyi dengan gembira, semua pokok di padang akan bertepuk tangan.
TUHAN berfirman, “Bernyanyilah dengan gembira bagi Israel, bangsa yang terutama antara semua bangsa. Nyanyikanlah lagu pujian, ‘TUHAN telah menyelamatkan umat-Nya; Dia telah menyelamatkan semua orang yang masih tinggal.’
Halangan sebesar gunung pun akan tersingkir dari hadapanmu. Engkau akan membina semula Rumah-Ku, dan pada masa engkau meletakkan batu yang terakhir di tempatnya, orang akan berseru, ‘Alangkah indahnya!’ ”
Bersukacitalah, hai penduduk Sion! Bersoraklah, hai penduduk Yerusalem! Lihatlah, raja kamu datang! Dia datang dengan kemegahan dan kemenangan, tetapi dengan kerendahan hati, dia datang dengan menunggang keldai, dengan mengenderai anak keldai yang muda.
Kemudian Samuel berkata kepada rakyat, “Inilah orang yang dipilih oleh TUHAN. Tiada seorang pun di kalangan kita yang sama dengan dia.” Segenap umat itu bersorak, “Daulat tuanku!”