Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MAZMUR 4:7 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

7 Banyak orang berdoa, “Berilah kami berkat yang lebih, ya TUHAN. Semoga Engkau berkenan kepada kami.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

7 Banyak orang berdoa, “Berilah kami berkat yang lebih, ya TUHAN. Semoga Engkau berkenan kepada kami.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MAZMUR 4:7
14 Iomraidhean Croise  

Semoga Engkau berkenan kepada hamba-Mu; selamatkanlah aku demi kasih-Mu.


Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.


Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah, kerana Engkaulah sumber kebahagiaanku; aku akan menyanyi serta memainkan kecapi, untuk memuji Engkau, ya Allah, Allahku!


Ya Allah, kasihanilah dan berkatilah kami; pandanglah kami dengan senang hati,


Pulihkanlah kami, ya Allah! Kasihanilah kami supaya kami selamat!


dengan iringan alat muzik yang bertali, dan dengan iringan kecapi.


Cepatlah, bawalah aku bersama-samamu, ya rajaku, bawalah aku ke bilikmu. Kami akan bersukaria kerana engkau, dan memuji cintamu lebih daripada wain; patutlah gadis-gadis cinta kepadamu.


Engkau sudah mengambil beban mereka yang berat, dan kayu pikulan dari bahu mereka. Engkau telah mengalahkan bangsa yang menindas dan memperdaya umat-Mu, sebagaimana Engkau mengalahkan tentera Midian dahulu kala.


Kegembiraan dan sukacita telah lenyap dari tanah Moab yang subur. Aku telah menghentikan aliran wain dari pemerah wain; tiada lagi orang yang membuat wain dan bersorak gembira.


Semoga TUHAN baik hati dan murah hati terhadap kamu.


Tetapi Allah sentiasa memberikan bukti-bukti tentang diri-Nya dengan perkara-perkara baik yang dilakukan-Nya. Dia mengurniai kamu hujan dari langit serta hasil bumi pada musimnya. Dia mengurniai kamu makanan serta menyenangkan hati kamu.”


Kamu mengasihi Dia meskipun kamu belum pernah melihat Dia. Kamu percaya kepada-Nya meskipun sekarang kamu tidak melihat Dia. Oleh itu, kegembiraan yang kamu alami itu sungguh besar, mulia, dan tidak terkata.


Mereka semua pergi ke ladang anggur dan memetik buah anggur. Lalu mereka memeras buah anggur itu, menyediakan wain, dan mengadakan pesta. Mereka makan minum di dalam kuil dewa mereka, sambil memperolok-olokkan Abimelekh.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan