Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MAZMUR 26:8 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

8 Ya TUHAN, aku mengasihi Rumah kediaman-Mu, tempat yang penuh dengan kemuliaan-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

8 Ya TUHAN, aku mengasihi Rumah kediaman-Mu, tempat yang penuh dengan kemuliaan-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MAZMUR 26:8
22 Iomraidhean Croise  

Kemudian raja bertitah kepada Zadok, “Kembalikanlah Tabut Perjanjian itu ke kota. Jika TUHAN berkenan kepada beta, tentu Dia akan mengizinkan beta kembali dan melihat Tabut Perjanjian itu lagi, dan juga tempat Tabut Perjanjian itu disimpan.


Selain itu, beta juga telah menyerahkan perak dan emas daripada harta milik beta sendiri kerana cinta beta kepada rumah Allah beta.


Selepas Raja Salomo berdoa, api turun dari langit dan membakar korban-korban yang dipersembahkan, lalu cahaya hadirat TUHAN memenuhi Rumah TUHAN.


Oleh sebab Rumah TUHAN penuh dengan cahaya hadirat TUHAN, maka para imam tidak dapat masuk ke dalamnya.


Demi kebaikan Rumah TUHAN, Allah kita, aku berdoa untuk kemakmuranmu.


Siang malam aku menangis, hanya air mata makananku; sepanjang masa musuhku bertanya kepadaku, “Di manakah Allahmu?”


Berkatilah raja kami, ya Allah, raja yang telah Engkau pilih.


Engkau telah menyembuhkan aku, ya TUHAN. Kami akan memainkan kecapi dan menyanyikan pujian, seumur hidup kami di Rumah TUHAN.


Raja Hizkia bertanya, “Apakah tandanya bahawa beta akan dapat pergi ke Rumah TUHAN lagi?”


Lalu Roh Allah mengangkat aku, dan aku mendengar suara gemuruh dari belakang yang berkata, “Pujilah kemuliaan TUHAN di syurga!”


Pada hari ketiga mereka mendapati Yesus di dalam Rumah Tuhan. Dia sedang duduk mendengarkan guru-guru agama Yahudi dan mengajukan soalan.


Yesus menjawab, “Mengapa mencari Aku? Tidakkah Aku harus di rumah Bapa-Ku?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan