Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MAZMUR 26:1 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

1 Mazmur Daud. Berilah aku keadilan, ya TUHAN, kerana aku melakukan yang benar, dan aku percaya kepada-Mu dengan sepenuhnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

1 Mazmur Daud. Berilah aku keadilan, ya TUHAN, kerana aku melakukan yang benar, dan aku percaya kepada-Mu dengan sepenuhnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MAZMUR 26:1
30 Iomraidhean Croise  

“Ingatlah, ya TUHAN, bahawa aku telah mengabdi kepada-Mu dengan taat dan setia, dan bahawa aku sentiasa berusaha untuk melakukan kehendak-Mu.” Lalu raja menangis dengan pilu.


TUHAN berfirman, “Adakah engkau perhatikan Ayub, orang yang mengabdi kepada-Ku? Di seluruh bumi tiada orang yang begitu setia dan baik seperti dia. Dia beribadat kepada-Ku dan sungguh berhati-hati supaya tidak berbuat jahat. Engkau telah memujuk Aku supaya membenarkan engkau mencelakakan dia tanpa alasan, tetapi Ayub masih tetap setia kepada-Ku.”


Bukankah engkau beribadat kepada Allah; bukankah hidupmu tanpa cela? Jika begitu, sepatutnya engkau yakin dan tidak putus asa.


Dia tidak akan membiarkan kamu jatuh; pelindungmu tidak akan tidur.


Orang yang hidup tanpa cela dan yang berbuat baik, dan dengan jujur mengatakan yang benar;


Berkat-Mu kepadanya berlanjutan, dan hadirat-Mu membuat raja sangat girang.


ya Allahku, aku percaya kepada-Mu. Janganlah biarkan aku dipermalukan; janganlah biarkan musuhku mentertawakan aku.


Semoga kebaikan dan kejujuranku mengawal aku, kerana aku percaya kepada-Mu.


Tetapi aku hidup dengan tulus hati; kasihanilah dan selamatkanlah aku.


TUHAN melindungi dan membela aku; aku percaya kepada-Nya. Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku; aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.


Aku mendengar bisikan musuhku; perkara dahsyat terdapat di sekelilingku. Mereka berkomplot menentang aku, dan merancang hendak membunuh aku.


Belalah aku kerana Engkau adil, ya TUHAN, jangan biarkan musuhku mentertawakan aku.


Mereka menyimpan Taurat Allah dalam hati dan tidak menyimpang daripadanya.


Ketika kamu marah, jangan berdosa. Renungkanlah hal itu sambil berdiam diri, sewaktu kamu berbaring di tempat tidur.


Ya Allah, buktikanlah bahawa aku tidak bersalah, dan belalah aku terhadap bangsa yang durjana; jauhkanlah aku daripada penjahat dan pendusta.


Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud,


Dengan tenang aku menantikan Allah; Dia sahaja yang menyelamatkan aku.


Dengan tenang aku menantikan Allah; Dia sahaja yang memberi aku harapan.


Himpunkanlah bangsa-bangsa di sekeliling-Mu, dan perintahlah mereka dari takhta-Mu di syurga.


Waktu aku berfikir bahawa aku akan jatuh, kasih-Mu, ya TUHAN, menopang aku.


Berbahagialah anak-anak yang mempunyai bapa yang jujur dan adil.


Takut akan pendapat orang lain mengakibatkan kesusahan. Percayalah kepada TUHAN, maka kamu akan selamat.


Kami merasa bangga kerana hati nurani kami meyakinkan kami bahawa hidup kami di dunia ini, terutama sekali hubungan kami dengan kamu, dikuasai oleh keikhlasan dan ketulusan yang dikurniakan oleh Allah. Kami melakukannya bukan dengan kebijaksanaan manusia, tetapi dengan kebolehan yang diberikan oleh Allah.


Hendaklah kita berpegang teguh kepada harapan yang kita akui, kerana Allah dapat dipercayai dan Dia akan menepati janji-Nya.


Berkat-berkat itu untuk kamu kerana kamu percaya kepada Allah. Oleh itu kamu dipelihara oleh kuasa Allah supaya kamu menerima penyelamatan yang siap dinyatakan pada akhir zaman.


Oleh itu, saudara-saudaraku, berusahalah lebih keras lagi supaya panggilan Allah dan pilihan-Nya atas diri kamu itu menjadi suatu pengalaman yang kekal. Jika kamu berbuat demikian, kamu tidak akan membuang iman.


Dia melindungi hidup umat-Nya yang setia, tetapi orang jahat binasa dalam gelap gelita. Dengan kekuatan sendiri, manusia tidak dapat berjaya.


Perhatikanlah hamba ini yang hendak dibunuh oleh raja Israel! Lihatlah hamba ini yang dikejar-kejar oleh tuanku! Hamba hanya seekor anjing mati, seekor kutu sahaja!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan