Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MAZMUR 140:7 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

7 Aku berkata kepada TUHAN, “Engkaulah Allahku.” Dengarlah seruanku minta tolong, ya TUHAN!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

7 Aku berkata kepada TUHAN, “Engkaulah Allahku.” Dengarlah seruanku minta tolong, ya TUHAN!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MAZMUR 140:7
17 Iomraidhean Croise  

Aku akan meluaskan kerajaannya dari Laut Tengah sampai ke Sungai Efrat.


Hanya Dia pelindungku dan penyelamatku; Dialah pembelaku, dan aku tidak akan dikalahkan.


Dengan tenang aku menantikan Allah; Dia sahaja yang menyelamatkan aku.


Engkau memberikan kemenangan kepada raja-raja, dan menyelamatkan hamba-Mu, Daud.


Marilah kita memuji TUHAN, dan bernyanyi dengan gembira kepada Allah, pelindung dan penyelamat kita!


Tetapi aku akan menyanyi tentang kekuatan-Mu; setiap pagi aku akan bernyanyi dengan nyaring tentang kasih-Mu. Engkau telah menjadi pernaungan bagiku, perlindungan pada masa kesusahanku.


Mazmur Daud. TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku; aku tidak akan takut kepada sesiapa pun. TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya; aku tidak akan gentar.


Dia melatih aku untuk berperang, supaya aku dapat melengkungkan busur yang terkuat.


Allah ialah Penyelamatku; aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut. TUHAN memberikan kuasa dan kekuatan kepadaku; Dialah Penyelamatku.


Raja Daud mendirikan perkhemahan tenteranya di seluruh tanah Edom, dan penduduk di situ takluk kepada baginda. TUHAN memberikan kemenangan kepada Raja Daud di mana sahaja baginda berperang.


Kemudian Raja Daud mendirikan perkhemahan tentera di dalam wilayah mereka, lalu mereka takluk dan membayar ufti kepada baginda. TUHAN memberi Raja Daud kemenangan di mana sahaja baginda berperang.


Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN; Engkaulah Allahku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan