Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MAZMUR 13:4 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

4 Pandanglah aku, ya TUHAN, Allahku, dan jawablah doaku. Pulihkanlah tenagaku; jangan biarkan aku mati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

4 Pandanglah aku, ya TUHAN, Allahku, dan jawablah doaku. Pulihkanlah tenagaku; jangan biarkan aku mati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MAZMUR 13:4
17 Iomraidhean Croise  

Tetapi sekarang, untuk seketika, Engkau ya TUHAN, Allah kami, baru sahaja mengasihani kami dan membebaskan beberapa orang di kalangan kami daripada perhambaan, serta memberi kami kehidupan yang tenteram di tempat yang khas ini. Engkau telah memberi kami kehidupan yang baru.


Orang jahat berfikir, “Allah tidak peduli! Allah telah memejamkan mata-Nya dan tidak melihat kami!”


Orang yang baik tidak sekali-kali akan gagal; dia akan diingat selama-lamanya.


ya Allahku, aku percaya kepada-Mu. Janganlah biarkan aku dipermalukan; janganlah biarkan musuhku mentertawakan aku.


Jangan biarkan musuhku, pendusta itu, mentertawakan kekalahanku! Jangan biarkan orang yang membenci aku tanpa sebab, bergembira kerana kedukaanku!


Jangan biarkan mereka berkata sesama sendiri, “Itulah yang kami ingini selama ini!” Jangan biarkan mereka berkata, “Kami telah mengalahkan dia!”


Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN; dan Engkau, ya Tuhan, Allahku, akan mengabulkan doaku.


Kata-katanya halus merayu, tetapi hatinya penuh kebencian; kata-katanya lemah-lembut, tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.


Dengan tenang aku menantikan Allah; Dia sahaja yang menyelamatkan aku.


Dengan tenang aku menantikan Allah; Dia sahaja yang memberi aku harapan.


Orang miskin tidak selamanya dilupakan; orang papa tidak selamanya kehilangan harapan.


Orang tidak akan mendapat keselamatan daripada kejahatan, tetapi orang jujur tetap teguh.


Itulah sebabnya air mataku bercucuran. Tiada sesiapa pun dapat menghibur aku, ataupun menguatkan hatiku. Musuh telah mengalahkan aku; pendudukku telah kehilangan segala sesuatu.


Orang Kanaan dan semua orang di negeri ini akan mendengar tentang hal itu. Mereka akan mengepung kami lalu membunuh kami semua! Kemudian apakah yang akan Engkau buat untuk mempertahankan kehormatan-Mu?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan