Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




MAZMUR 100:2 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

2 Sembahlah TUHAN dengan sukacita; datanglah ke hadirat-Nya dengan lagu-lagu gembira!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

2 Sembahlah TUHAN dengan sukacita; datanglah ke hadirat-Nya dengan lagu-lagu gembira!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




MAZMUR 100:2
15 Iomraidhean Croise  

Pada hari kelapan, Raja Salomo menyuruh semua orang itu pulang. Mereka pulang dengan sukacita, sambil memuji raja bagi segala berkat yang telah diberikan TUHAN kepada Raja Daud, hamba-Nya, dan segenap umat-Nya Israel.


Raja dan para pemimpin bangsa menyuruh orang Lewi menyanyikan lagu pujian kepada TUHAN, lagu yang dikarang oleh Raja Daud dan Nabi Asaf. Maka semua orang menyanyi dengan sukacita sambil berlutut dan menyembah Allah.


Raja Hizkia mendirikan semula kumpulan para imam dan orang Lewi. Tiap-tiap kumpulan diberikan tugas tertentu, termasuk tugas membakar korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN, mengambil bahagian dalam upacara ibadat di Rumah TUHAN, dan memuji serta mengucap syukur di beberapa tempat di dalam Rumah TUHAN.


Siang malam aku menangis, hanya air mata makananku; sepanjang masa musuhku bertanya kepadaku, “Di manakah Allahmu?”


Aku akan bersorak ketika memainkan kecapi; aku akan menyanyi dengan segenap jiwaku, kerana Engkau telah menyelamatkan aku.


Marilah kita menghadap Dia dengan kesyukuran, dan dengan gembira menyanyikan lagu pujian.


Bersukacitalah di hadirat TUHAN di tempat itu, bersama dengan anak-anak kamu, hamba-hamba kamu, dan orang Lewi yang tinggal di kota-kota kamu. Ingatlah, bahawa orang Lewi tidak akan mempunyai tanah mereka sendiri.


Bersukacitalah di hadirat TUHAN, bersama dengan anak-anak kamu, pekerja-pekerja kamu, orang Lewi, orang asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu. Lakukanlah hal ini di satu tempat ibadat itu.


Bersukacitalah bersama dengan anak-anak kamu, pekerja-pekerja kamu, orang Lewi, orang bangsa asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu.


TUHAN, Allah kamu sudah memberkati kamu dalam segala hal, tetapi kamu tidak mengabdi kepada-Nya dengan hati yang suka dan gembira.


Semoga kamu sentiasa bersukacita kerana hidup bersatu dengan Tuhan. Sekali lagi aku berkata: bersukacitalah!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan