Tetapi Raja Daud bertitah kepada Abisai dan abangnya Yoab, “Jangan masuk campur. Mengapa kamu menyusahkan beta? Pada hari ini beta menjadi raja Israel lagi dan tidak boleh seorang Israel pun dihukum mati.”
Ayub menjawab, “Engkau bercakap seperti orang bodoh. Apabila Allah memberikan yang baik, kita menerimanya. Kita juga patut menerima yang tidak baik.” Walaupun Ayub menderita, dia tidak mengucapkan kata-kata yang menentang Allah.
Yesus berpaling lalu berkata kepada Petrus, “Pergilah dari sini, hai Iblis! Engkau penghalang jalan-Ku. Fikiranmu itu fikiran manusia, bukan fikiran Allah!”
Berjaga-jagalah dan berdoalah supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana tabiat manusia lemah.”
Ketika Yakobus dan Yohanes, pengikut Yesus mengetahui hal itu, mereka berkata, “Tuhan, adakah Tuhan mahu kami meminta api turun dari syurga untuk membinasakan mereka?”
Janganlah balas kejahatan dengan kejahatan, atau cercaan dengan cercaan; sebaliknya balaslah kejahatan dengan berkat daripada Allah. Kamu harus berbuat demikian kerana Allah menjanjikan berkat, ketika Dia memanggil kamu.