Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 8:54 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

54 Tetapi Yesus memegang tangan anak itu, lalu berkata, “Bangunlah, nak!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

54 Tetapi Yesus memegang tangan anak itu, lalu berkata, “Bangunlah, nak!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 8:54
15 Iomraidhean Croise  

Perjanjian itu tidak seperti perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka ketika Aku menuntun mereka keluar dari Mesir. Walaupun Aku seperti seorang suami kepada mereka, namun mereka mengingkari perjanjian-Ku dengan mereka.


Tetapi sebaik sahaja mereka keluar, Yesus masuk ke dalam bilik anak perempuan itu lalu memegang tangannya. Anak itu pun bangkit.


Yesus menghampiri ibu mentua Simon, memegang tangannya lalu menolong dia bangun. Demamnya hilang dan dia pun mula melayani mereka.


Yesus memegang tangan orang buta itu lalu memimpinnya keluar dari pekan itu. Setelah Yesus meludahi mata orang itu, Dia meletakkan tangan-Nya pada mata orang itu, lalu bertanya kepadanya, “Dapatkah kamu lihat sesuatu?”


Tetapi Yesus memegang tangannya dan menolong dia bangun. Anak itu pun berdiri.


Apabila Yesus tiba di rumah itu, Dia tidak membenarkan sesiapa pun masuk dengan Dia kecuali Petrus, Yohanes, Yakobus, dan ibu bapa anak itu.


Semua orang mentertawakan Yesus, kerana mereka tahu bahawa anak itu sudah meninggal.


Nyawa anak itu kembali dan seketika itu juga dia bangun. Lalu Yesus menyuruh mereka memberikan makanan kepada anak itu.


Setelah Yesus berkata demikian, Dia berseru dengan suara kuat, “Lazarus, keluar!”


Sebagaimana Bapa membangkitkan orang mati dan menyebabkan mereka hidup, begitu juga Anak memberikan hidup kepada orang yang dikehendaki-Nya.


Petrus menyuruh mereka semua keluar. Lalu dia berlutut dan berdoa. Kemudian dia menghampiri jenazah itu dan berkata, “Tabita, bangunlah!” Tabita membuka matanya dan apabila dia nampak Petrus, dia pun duduk.


Di dalam Alkitab tertulis bahawa Allah berfirman kepada Abraham, “Aku sudah menjadikan engkau bapa kepada banyak bangsa.” Demikianlah Allah memberikan janji itu kepada Abraham dan Abraham percaya kepada-Nya. Dialah Allah yang menghidupkan orang mati, dan juga Allah yang dengan firman-Nya mewujudkan apa yang tidak wujud.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan