Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 8:24 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

24 Pengikut-pengikut Yesus pergi kepada Yesus lalu membangunkan Dia. Mereka berkata, “Guru, Guru, kita hampir tenggelam!” Yesus bangun lalu menengking angin dan ombak yang bergelora. Angin dan ombak pun teduh dan tasik menjadi tenang sekali.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

24 Pengikut-pengikut Yesus pergi kepada Yesus lalu membangunkan Dia. Mereka berkata, “Guru, Guru, kita hampir tenggelam!” Yesus bangun lalu menengking angin dan ombak yang bergelora. Angin dan ombak pun teduh dan tasik menjadi tenang sekali.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 8:24
19 Iomraidhean Croise  

Dengan kekuatan-Mu, Engkau menegakkan gunung pada tempatnya, untuk menunjukkan kuasa-Mu yang besar.


Mengapakah umat-Ku tidak menyambut Aku ketika Aku datang untuk menyelamatkan mereka? Mengapakah mereka tidak menjawab ketika Aku memanggil? Adakah Aku terlalu lemah untuk menyelamatkan mereka? Dengan perintah-Ku air laut menjadi kering, sungai-sungai menjadi padang pasir sehingga ikan-ikan di dalamnya mati kerana tidak ada air.


Akulah TUHAN; mengapa kamu tidak takut akan Aku? Mengapa kamu tidak gementar di hadirat-Ku? Aku menjadikan pantai sebagai perbatasan laut yang tidak dapat dilampaui selama-lamanya. Laut dapat bergelora dan gelombang dapat mengamuk, tetapi tidak dapat melintasi perbatasan itu.


Atas perintah-Nya, laut menjadi kering; sungai pun dikeringkan. Padang-padang di Basan kersang, Gunung Karmel pun gersang, maka layulah bunga-bunga di Lebanon.


Tetapi apabila Petrus nampak betapa kencangnya angin bertiup, dia takut dan mula tenggelam. Lalu Petrus berseru, “Ya Tuhan, selamatkanlah aku!”


Oleh itu pengikut-pengikut-Nya pergi kepada-Nya lalu membangunkan Dia. Mereka berkata, “Ya Tuhan, selamatkanlah kami! Kita hampir mati!”


Yesus bangun lalu menengking angin, dan berkata kepada ombak, “Diam! Tenanglah!” Angin pun reda dan tasik menjadi tenang sekali.


Yesus memerintah roh itu, “Diam, dan keluarlah daripada orang ini!” Kemudian roh jahat itu membanting orang itu di hadapan mereka, lalu keluar daripada orang itu tanpa menyakitinya.


Yesus mendekati katil ibu itu, lalu mengusir demamnya. Demam ibu mentua Simon hilang, lalu dia segera bangun untuk melayani mereka.


“Guru,” jawab Simon, “sepanjang malam kami berjerih tetapi tidak menangkap apa-apa pun! Tetapi kerana guru yang menyuruh, baiklah, saya akan menebarkan jala.”


Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Mengapa kamu tidak percaya kepada-Ku?” Tetapi mereka hairan dan takut serta bercakap sesama sendiri, “Siapakah orang ini, sehingga angin dan ombak taat kepada perintahnya?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan