TUHAN berfirman, “Jangan sangka bahawa Aku mengusir kamu umat-Ku, seperti seorang suami menceraikan isterinya. Jika demikian, di manakah surat cerai itu? Adakah kamu menyangka bahawa Aku menjual kamu seperti seorang bapa menjual anaknya kepada penagih hutang? Tidak, kamu ditawan kerana dosa kamu; kamu dibuang kerana kejahatan yang telah kamu lakukan.