Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




LUKAS 7:25 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible

25 Kamu keluar mahu melihat apa? Seorang yang berpakaian indahkah? Orang yang berpakaian demikian dan yang hidup mewah tinggal di istana!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik Protestant Bible

25 Kamu keluar mahu melihat apa? Seorang yang berpakaian indahkah? Orang yang berpakaian demikian dan yang hidup mewah tinggal di istana!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




LUKAS 7:25
16 Iomraidhean Croise  

Hamba sudah berumur lapan puluh tahun dan tiada lagi yang dapat memberikan kesukaan kepada hamba. Hamba tidak lagi dapat menikmati apa yang hamba makan atau minum, dan tidak lagi dapat mendengar suara orang bernyanyi. Hamba hanya akan menjadi beban bagi tuanku.


Ratu negeri Syeba melihat tata kerja para pegawai istana, pakaian seragam, dan perumahan mereka. Ratu itu nampak makanan yang dihidangkan, dan para pelayan yang melayani Raja Salomo pada masa perayaan; ratu itu juga melihat korban-korban yang dipersembahkan oleh Raja Salomo di Rumah TUHAN. Semua itu membuat ratu negeri Syeba kagum dan terpesona.


Mereka menjawab, “Dia memakai jubah yang dibuat daripada kulit binatang, dan diikat dengan tali pinggang daripada kulit.” Raja berseru, “Orang itu Elia!”


Raja menyuruh mereka membawa Permaisuri Wasti kepadanya dengan memakai mahkota kerajaan. Permaisuri itu sangat cantik dan raja hendak memperlihatkan kecantikannya kepada para pembesar dan tetamunya.


Pada tahun ketiga pemerintahannya, Raja Ahasyweros mengadakan jamuan besar bagi semua pembesar dan pegawainya. Para panglima Persia dan Media, serta para gabenor dan pegawai tinggi dari wilayah-wilayah turut hadir di jamuan itu.


Akhirnya dia tiba di pintu gerbang istana, tetapi dia tidak masuk, kerana orang yang berpakaian kain guni tidak dibenarkan masuk.


Pada hari ketiga puasanya, Ester memakai pakaian permaisuri, lalu pergi ke halaman bahagian dalam di istana dan berdiri di hadapan pintu balairung. Raja sedang duduk di atas takhta yang menghadap pintu itu.


Selepas itu Mordekhai meninggalkan istana, sambil memakai pakaian kebesaran berwarna biru dan putih, jubah ungu daripada kain linen yang halus, dan mahkota emas yang cantik sekali. Orang di jalan-jalan raya kota Susan bersorak-sorai kerana bersukacita.


Dia memakai keadilan sebagai baju zirah dan penyelamatan sebagai topi besi. Dia bertekad untuk memulihkan keadaan dan membalas ketidakadilan.


Kamu keluar mahu melihat apa? Seorang yang berpakaian mewah? Orang yang berpakaian demikian tinggal di istana!


Pakaian Yohanes dibuat daripada bulu unta, dan tali pinggangnya daripada kulit. Makanannya belalang dan madu hutan.


Tetapi Raja Salomo dengan segala kekayaannya pun tidak berpakaian seindah bunga-bunga itu!


“Ada seorang kaya; pakaiannya mahal-mahal dan hidupnya mewah setiap hari.


Setelah utusan-utusan Yohanes pergi, Yesus mula bercakap tentang Yohanes kepada orang ramai. Dia berkata, “Apabila kamu pergi kepada Yohanes di padang gurun, apakah yang mahu kamu lihat? Sehelai rumput yang ditiup anginkah?


Katakanlah, kamu keluar mahu melihat apa? Seorang nabikah? Betul, bahkan lebih daripada seorang nabi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan